Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Sambal Oh Sambal!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Sambal Oh Sambal!

Dec 10, 2013 | 11:11 PM



JIKA masyarakat Barat gemar dan bangga dengan kejunya, masyarakat Melayu pula boleh berbangga dengan sambal belacan – satu cita rasa yang lebih eksotik.


Walaupun saya memasak atau selalu didedahkan dengan masakan antarabangsa seperti pasta, stik, salmon, kaviar – saya lebih gemar makanan Melayu dan obsesi dengan pencecah yang paling popular – sambal belacan.


Saya percaya ramai yang pernah makan sambal belacan bersama nasi panas yang digaulkan di dalam batu lesung dan dicampur sedikit dengan ikan masin.


Sambal belacan yang paling asas boleh dipelbagaikan dengan buah mangga, nanas, binjai, tomato, belimbing dan kedondong muda. Adoiii... pedas berdesit... punyalah nikmat... tidak terhingga sedapnya.


Sambal belacan atau apa jua jenis sambal popular di sini. Peliharalah resipi tradisi dan turun-temurun ini hingga ke anak cucu kita.


Pada masa yang sama, kita juga harus mengikut peralihan waktu dan menyesuaikan makanan sebegini supaya nampak lebih kreatif dan menyelerakan!


Sambal adalah iringan yang serba boleh dan sesuai digunakan sebagai pembuka selera seperti pencecah sos. Sambal tumis, sambal hijau, sambal kicap pedas, sambal asam pedas, sambal petis atau sambal pecel sesuai dimakan dengan makanan laut yang dipanggang.


Sambal juga sesuai dimakan dengan ulam seperti ulam raja, pegaga atau sayur-sayuran seperti kubis, kacang panjang dan timun atau dihidangkan di samping lauk-pauk yang lain.


Ada beberapa panduan dalam membuat apa jua jenis sambal:
* tidak kira apa sambal, cili kering atau cili hidup mesti digoreng dahulu, baru ditumbuk atau dikisar. Dengan cara ini, pemakannya tidak mudah sakit perut serta cili pula akan tahan lebih lama;
* sangar belacan di atas kuali, ditumbuk di dalam lesung menjadi lebih power daripada yang dikisar;
* petua orang-orang tua pula – kalau menggunakan angka cili yang ganjil, hasilnya lebih sedap dan pedas;
* jika membuat sambal tumis, tumis sampai terbit minyak. Selepas itu campakkan dalam segenggam udang kering yang sudah dicuci, tumis sampai kering. Ia sedap dimakan dengan nasi lemak.


Penulis cef gaya hidup Kulinary Affairs dari Persekutuan Kulinari Halal Singapura. E-mel beliau: kulinaryaffairs@gmail.com.


 


RESIPI


- Sambal Lonteh


Bahan-bahannya:


5 batang lada hijau atau merah


3 batang lada padi hijau atau merah


6 ulas bawang merah


3 ulas bawang putih


5 sentimeter belacan


Sedikit minyak untuk menumis


Garam dan gula secukup rasa


Caranya:


Tumis bahan di atas hingga layu dan kisar kasar. Boleh sumbat ikan dan bakar.


Enak dimakan dengan nasi ayam penyet. Boleh dibuat rencah untuk ikan bilis dan petai.


 


- Sambal Belado


Bahan-bahannya:


6 batang lada merah


1 biji bawang merah


1 biji tomato


1/2 biji limau kasturi – ambil airnya saja.


Sedikit garam


Caranya:


Kisar kasar semua bahan kecuali air limau.


Tumiskan semua bahan kisar sehingga hilang bau mentah lada.


Tutupkan api, sira air limau.


Sedap dimakan bersama paru goreng, ikan goreng, daging goreng, ayam goreng dan terung goreng.


 


- Sambal Pecel


Bahan-bahannya


5 batang lada merah


2 ulas bawang putih


5 ulas bawang merah kecil


1 biji tomato


2.5 sentimeter belacan


2 sudu teh gula perang


1 lembar daun limau purut


Sedikit minyak


Caranya:


Hiris kasar bahan-bahan di atas dan tumis hingga layu. Masukkan daun limau purut. Kemudian lecek kasar.


Sedap dimakan bersama ayam goreng dan ikan goreng.


 


- Sambal Goreng Tumbuk


Bahan-bahannya:


2 biji bawang merah*


4 ulas bawang putih*


1 biji tomato/terung pipi (opsyen)


5 batang cili merah/cili hijau*


5 batang cili padi


Segenggam ikan bilis dan sedikit garam


Caranya:


Potong dadu bahan yang bertanda *.


Ketuk-ketukkan saja cili padi. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga layu.


Setelah layu, tuskan minyak dan tumbuk jangan sampai lumat.


Tambah garam secukupnya.


 


- Sambal Cuka


Bahan-bahannya:


6-10 cili merah segar, dibuang biji


2.5 sentimeter halia


4-5 ulas bawang putih


Segenggam cili padi


Semangkuk dadu ayam (chicken stock) yang dicampur dengan air


1 sudu kecil minyak bijan


10-15 biji perahan limau kasturi


Sedikit gula


Caranya:


Kisar kesemua bahan kecuali gula, jus limau kasturi dan minyak bijan.


Masak dengan api yang sedang mendidih bersama minyak bijan.


Masukkan gula dan jus limau kasturi, gaul dan matikan api.


Sedap dihidangkan bersama cucur, karipap sayur, popiah dan nasi ayam.


 


- Sambal Belacan Buah Mangga


Bahan-bahannya:


5 batang cili merah


3 batang cili padi


1 biji mangga muda dihiris nipis


1 sentimeter belacan, sedikit ikan bilis, sedikit udang kering, garam dan gula secukupnya


Caranya:


Tumbuk lumat cili padi, cili merah dan belacan. Masukkan udang kering, ikan bilis, garam dan gula.


Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris nipis dan gaul rata-rata.


 


Penyumbang resipi dan tip oleh Ayuls Myiesha, Rahmah Ahmad, Sulimah Mohamed, Nazimah Abdul, Siti Emil, Hajah Roziah Adun dan Roser Belle dari Nak Masak Apa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >