Siakap Kukus Sambal Bunga Kantan

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (kira-kira 600 gram)

2 biji limau kesturi, diperah airnya

¼ sudu teh garam

90 ml minyak masak

120 ml air

1½ sudu besar air limau kesturi

1½ sudu besar gula perang

1 sudu besar bunga kantan yang dihiris halus-halus

Garam secukup rasa

Bahan sambal

1 biji tomato, dipotong baji

10 tangkai cili merah, dibuang tangkai dan dipatah-patahkan

1 batang serai, dihiris pangkalnya sehingga 6 cm panjang

5 biji buah keras, dihancurkan dan disangai sehingga kuning keemasan

1.5 cm x 1 cm kunyit, dikupas

½ sudu teh belacan yang sudah dibakar dan dihancurkan

2 sudu besar air

Cara menyediakan ikan

1. Siang ikan dan cuci dengan air bergaram. Buat dua kelaran menyerong di kedua-dua belah ikan. Tuskan selama 5 minit.

2. Lumur ikan dengan air 2 biji limau kesturi dan ¼ sudu teh garam. Perap selama 5 minit.

3. Bubuh ikan di dalam pinggan hidang kalis haba dan kukus di atas air menggelegak selama 25 minit. Keluarkan dari kukusan, tuang air ikan ke dalam mangkuk dan ketepikan (untuk dimasak bersama sambal). Tutup ikan dengan kerajang timah dan ketepikan.

Cara menyediakan sambal

1. Bubuh tomato, cili merah, serai, buah keras, kunyit, belacan dan air ke dalam jag mesin pengisar atau mesin pemproses makanan. Kisar sehingga halus dan bubuh rempah kisar ke dalam mangkuk.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali di atas api sederhana. Tumis rempah kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira 10 minit).

3. Masukkan air dan air ikan dan kacau sehingga rata. Biarkan mendidih.

4. Campur 1½ sudu besar air limau kesturi dan gula perang. Kacau rata-rata dan perasakan dengan garam.

5. Tambah bunga kantan dan kacau selama 30 saat. Padamkan api.

Cara menghidang

1. Tuang sambal ke atas ikan yang sudah dikukus. Hidangkan dengan nasi.

Ikan todak dimakan kelah

Orang dah masak, kita makanlah.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.