Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Produk baru

Roti berempah menyelerakan

Dec 08, 2013 | 10:20 PM



CARRE Pain D’Epices (disebut Kay-rey/Pah/deh pees) merupakan perkataan Perancis yang bermaksud roti berempah atau roti gula madu.


Asal usul roti ini boleh disusur hingga ke negeri China pada abad ke-10, kemudian dibawa masuk ke Timur Tengah oleh Genghis Khan dalam abad ke-13.


Ia kemudian bertapak di Perancis dan menjadi ikon gastronomi Perancis hingga ke hari ini.


Roti jenama Carre Pain D’Epices yang tidak mengandungi telur, tenusu atau lemak ini menyatukan perisa dari Barat dan Asia.


Ia mempunyai aroma yang lembut selain gabungan gula madu, rempah, buah-buahan kering dan perisa sitrus yang menghasilkan rasa yang unik.


Terdapat empat jenis perisa – perisa asli yang menggunakan gula madu dan rempah organik; perisa mangga; perisa halia; dan perisa cip coklat dengan kandungan sebilangan kecil manisan buah-buahan dan coklat gelap.


Rasa roti seperti kek dengan tekstur yang mampat dan padat.


Roti Carrre Pain D’Epices ini berbentuk empat persegi berukuran lima sentimeter dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja dari sarapan hinggalah ke waktu makan malam.


Lebih enak jika dibakar dan dimakan dengan pelbagai perisa jem, keju atau aiskrim atau hanya dengan secawan teh.


Produk ini boleh dibeli dari Hotel Grand Hyatt, Pasarbella (Turf Club), Choupinette-Salon De The (Bukit Timah) dan House of Anli (Mt Pleasant Road). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >