SETIAP kali produk rempeyek Encik Nor Hashim Hassan dibawa temannya, seorang pramugara, ke luar negara seperti Amerika dan London, sambutan yang diterima sangat positif.
Ini menyedarkan beliau tentang potensi produk keluaran firmanya, Wahyu Delicacies Rempeyek Trading, di pasaran antarabangsa dan mendorongnya menyertai Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) 2014, buat pertama kali.