Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tempat selami selera

Nov 29, 2013 | 07:37 PM



YELLOW Submarines merupakan restoran kasual makanan segera ala Amerika yang baru dibuka di Blok 177 Toa Payoh Central.


Restoran ini telah pun mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


Dengan konsep ‘fun-dining’ restoran ini memperkenalkan hidangan stik keju, atau Cheesesteaks, yang sangat popular di Philadelphia, Amerika Syarikat. Ia merupakan roti lonjong berinti hirisan daging lembu jenis premium yang dicampur dengan gegelang bawang besar dan disaluti sos keju panas berwarna kuning kunyit.


Daripada idea Cheesesteaks ini, pengasas restoran Yellow Submarines, dengan bantuan dan bimbingan seorang cef selebriti tempatan, telah mencipta sejenis makanan Amerika klasik dengan daya tarikan antarabangsa. Ia dinamakan Yellow Submarines Classic kerana bentuknya menyerupai kapal selam, atau submarine.


Terdapat empat jenis inti sandwic Yellow Submarines – daging lembu, ikan tuna, daging ayam dan cendawan.


Pertama kali saya ke restoran Yellow Submarines ini, saya dapati barisan pelanggan yang beratur untuk membeli makanan dari restoran ini kebanyakannya merupakan orang Melayu.


Emm… tapi saya pasti bukan sahaja orang Melayu yang berminat dengan makanan segera, malah hampir semua rakyat Singapura gemar makanan seperti ini. Apatah lagi jika makanan yang dijual sedap dan harganya berpatutan.


Walaupun pilihan makanan di Yellow Submarines tidak begitu luas, apa yang disediakan dapat memenuhi cita rasa semua peringkat umur.


Bagaimana rasa Yellow Submarines Classic, hidangan istimewa restoran ini yang berharga $6.90?


Ia roti sandwic lonjong yang dibakar dahulu bagi mendapatkan kulit yang garing sementara inti roti masih lembut dan gebu. Hirisan daging lembu pula lumayan tetapi kurang berperisa. Rasa sos keju yang disiram ke atas daging lebih menonjol. Saya pasti peminat makanan berkeju akan gemar hidangan ini. Sungguh mengenyangkan!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >