Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

10 bintang gemerlapan

Aug 10, 2017 | 05:30 AM



Musim baru Liga Perdana England bermula esok (dinihari Sabtu waktu Singapura) dengan perlawanan antara Arsenal dengan Leicester City. ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) menyorot 10 bintang yang dijangka menyinar musim ini.



ROMELU LUKAKU

(Manchester United)



Menyertai senarai elit hanya pemain keempat untuk menyumbatkan lebih 80 gol dalam Liga Perdana sebelum umurnya mencecah 24 tahun! Jadi, pengurus United, Jose Mourinho, tiada alasan lagi bahawa jentera serangan pasukannya tumpul musim ini.



ALVARO MORATA

(Chelsea)



Memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara, Morata menjadi aset penting pasukan pimpinan Antonio Conte mengharungi kejohanan elit Eropah itu di samping berusaha mempertahan mahkota Liga Perdana.



N'GOLO KANTE

(Chelsea)



Bintang Perancis ini dinamakan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) England musim lalu. Musim ini tiada beza - beliau menjadi tulang belakang perjuangan Chelsea di England dan Eropah.



MOHAMED SALAH

(Liverpool)



Pernah 'dibuang' Chelsea tidak lama dulu tetapi kejayaannya dalam Serie A Italy - menyumbatkan 35 gol dan merintis 24 peluang jaringan dalam 81 perlawanan - menarik tumpuan pengurus Liverpool, Juergen Klopp.



ALEXANDRE LACAZETTE

(Arsenal)



Rajin bekerja untuk pasukan selain berbisa di hadapan gawang lawan seperti yang dibuktikannya semasa menjaringkan 37 gol bagi kelabnya, Lyon, musim lalu. Arsenal tentunya berharap beliau dapat terus menyerlah.



GABRIEL JESUS

(Manchester City)



Bakat muda sensasi Brazil ini memberikan impak serta-merta sebaik menyertai City pada Januari lalu - menjaringkan tujuh gol sebelum dilanda kecederaan. Beliau tentu sekali tidak sabar mahu meneruskan kehebatannya musim ini!



HARRY KANE

(Tottenham)



Berjaya menunjukkan kecemerlangan yang konsisten sejak tiga musim lalu - memenangi Anugerah But Emas sebagai penjaring terbaik dalam dua daripada tiga musim ini. Kane tentunya salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian musim ini.



JAVIER HERNANDEZ

(West Ham)



Popular dengan gelaran 'Chicharito', penyerang Mexico ini tentunya bersemangat mahu menunjukkan potensinya - dua tahun selepas dilepaskan Manchester United.



DELE ALLI

(Tottenham)



Antara pemain paling berbakat England hari ini. Kecuali tidak 'dipancing' Barcelona yang dilaporkan mahu mendapatkannya sebagai pengganti Neymar, Alli kekal tunggak Spurs dalam usaha bersaing bagi trofi kejuaraan musim ini.



WAYNE ROONEY

(Everton)



Ada yang menyatakan 'kepulangan' Rooney ke kelab yang disokongnya sejak kecil ini sebagai persediaan sebelum bersara. Tetapi pengurus Ronald Koeman tentunya mempunyai jangkaan berbeza dan mahu melihat bekas kapten England ini membantu Everton mencapai cita-citanya.

 




MUNCUL SEMULA DALAM LIGA PERDANA...



Rafel Benitez



Bekas pengurus Liverpool dan Chelsea yang popular ini muncul memimpin Newcastle United musim ini



Joe Hart



'Dibuang' ke Italy bersama Torino musim lalu, penjaga gawang England ini dipinjamkan ke West Ham bagi musim baru ini.




SEKILAS LIGA PERDANA MUSIM 2017/2018



- Tahun ini adalah musim ke-26 sejak Liga Perdana diperkenal pada 1992, menggantikan Liga Divisyen Satu yang lama.



- Musim ini bermula esok dengan perlawanan pusingan terakhir dijadualkan pada 13 Mei 2018.



- Tirai musim baru sudah pun dibuka dengan perlawanan Perisai Masyarakat - yang menemukan juara liga dengan juara Piala FA - pada hujung minggu lalu. Dalam perlawanan itu, Arsenal menewaskan Chelsea melalui babak penalti 4-1.



- Chelsea pimpinan Antonio Conte adalah juara bertahan dengan tiga kelab teratas lain yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim baru ini ialah Tottenham Hotspur, Manchester City dan Liverpool. Manchester United turut mendapat 'tiket' ke Liga Juara-Juara selepas menjuarai Liga Europa musim lalu.



- Arsenal dan Everton akan beraksi dalam Liga Europa musim ini.



- Tiga kelab baru yang dinaikkan musim ini ialah Brighton & Hove Albion, Newcastle United dan Huddersfield Town - mengambil tempat tiga kelab yang diturunkan di penghujung musim lalu iaitu Sunderland, Middlesbrough dan Hull City.




JADUAL MINGGU PEMBUKAAN MUSIM BARU EPL



Sabtu



Arsenal lwn Leicester
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 2.45 pagi



Watford lwn Liverpool
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 7.30 malam



Everton lwn Stoke
Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 9.50 malam



Southampton lwn Swansea
Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 9.50 malam



Crystal Palace lwn Huddersfield
Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 9.50 malam



West Brom lwn Bournemouth
Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 9.50 malam



Chelsea lwn Burnley
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 10 malam



Brighton HA lwn Man City
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12.30 tengah malam



Ahad



Newcastle lwn Tottenham
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 8.30 malam



Man United lwn West Ham
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >