10 bintang yang dijangka menyinar

1. Cristiano Ronaldo
(Portugal)

Tidak syak lagi, Cristiano Ronaldo adalah bintang terbesar yang bakal menyinari Euro 2016 ini. Bekas Pemain Terbaik Dunia tiga kali ini sudah pun tampil di Kejohanan Eropah sebanyak tiga kali sebelum ini - mencatatkan rekod yang memberangsangkan apabila membantu pasukan negaranya, Portugal, muncul naib juara pada 2004, mera ke suku akhir pada 2008 dan separuh akhir pada 2012. Mungkinkah Euro 2016 ini akan menyaksikan Ronaldo dan rakan sepasukannya menjulang mahkota kejuaraan?

Yang jelas bagaimanapun ialah Ronaldo hanya perlu beraksi sekali sahaja lagi untuk tampil sebagai pemain yang mempunyai caps (jumlah kali mewakili negara) yang paling banyak dalam sejarah bola sepak Portugal. Bintang berusia 31 tahun itu juga hanya perlu menjaringkan satu gol lagi untuk ditabal sebagai penjaring terbanyak pasukan negaranya.

2. Gareth Bale
(Wales)

Selepas lama menyepi daripada pentas dunia, akhirnya Wales akan beraksi dalam pusingan akhir kejohanan besar pertamanya sejak 1958. Antara sebabnya tentulah prestasi serta sentuhan cemerlang yang dipamerkan bintang pasukannya, Gareth Bale, yang kebetulan merupakan rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid.

Inilah pentas terbaik bagi Bale menunjukkan kehebatannya seperti yang kerap dilakukannya semasa menyarungi jersi kelabnya, Real. Ia juga pentas terbaik untuk Bale 'mengukur' kehandalannya apabila berentap dengan pemain-pemain terbaik di Eropah lain. Prestasi Bale - yang menyumbatkan tujuh gol di peringkat kelayakan - begitu penting sekali jika Wales berharap mengatasi saingan sengit peringkat kumpulan di Euro 2016 ini.

3. Zlatan Ibrahimovic
(Sweden)

Beliau tidak segan-silu memuji kehandalan diri sendiri tetapi ia bukan sekadar kata-kata kosong - Zlatan Ibrahimovic kerap membiarkan 'butnya berkata-kata'. Seperti bagaimana beliau muncul wira pasukan negaranya, Sweden, mengatasi Denmark, dalam pertarungan penentuan untuk melayakkan diri ke Euro 2016. inicomes alive, if you can ever truly say that about him, at European Championship finals. Ibrahimovic menyumbatkan tiga daripada empat gol kemenangan Sweden.

Berusia 34 tahun, beliau pernah dipetik sebagai berkata bahawa adalah sesuatu yang "tidak masuk akal" jika Euro 2016 dianjurkan tanpa kehadirannya. Dan apabila anda menyingkap semula gol cemerlangnya melalui 'backflick' pada 2004 serta gol sepakan akrobatik pada 2012, mungkin kata-katanya itu ada betulnya.

4. Mesut Ozil
(Jerman)

Sekalipun sebahagian daripada skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014, Mesut Ozil sering berada dalam 'bayangan' rakan-rakannya lain. Tetapi bintang midfield penuh kreatif berusia 27 tahun ini kelihatan berjaya mengembalikan sentuhan terbaiknya bersama kelabnya, Arsenal, musim ini.

Siapa tahu, Euro 2016 ini menjadi pentas bagi Ozil benar-benar memenuhi potensi sepenuhnya untuk diletakkan 'sederet' bintang-bintang lain di Eropah seperti Cristiano Ronaldo. Bakatnya tidak perlu diragukan lagi tetapi jika Jerman berharap menjulang trofi kejuaraan Eropah selang dua tahun selepas menjuarai Piala Dunia, Ozil antara bintangnya yang perlu menyinar.

5. Kevin De Bruyne
(Belgium)

Belgium disebut-sebut antara pasukan pilihan di Euro 2016 ini. Pasukan pimpinan Marc Wilmott dibarisi para pemain 'Generasi Emas' dan ini termasuk bintang midfield muda berusia 24 tahun, Kevin De Bruyne.

Diketepikan oleh Chelsea, De Bruyne menunjukkan prestasi cemerlang semasa beraksi dalam Bundesliga Jerman sebelum 'dipancing' Manchester City. Beliau membuktikan sentuhan kelas dunia sejak berpindah ke Stadium Etihad dan dijangka menjadi 'aset' penting Belgium jika berhasrat menjulang mahkota Eropah pertamanya di Perancis ini.

6. Arda Turan
(Turkey)

Menyarungi jersi kelab gergasi La Liga, Barcelona, Arda Turan, adalah nama paling 'besar' yang bakal menyarungi jersi Turkey di Euro 2016 ini. Rakan-rakannya lain turut berbakat dan ini dibuktikan mereka semasa 'menyingkirkan' Belanda untuk menduduki tangga ketiga Kelayakan Kumpulan A - dan melangkah ke pertarungan penentuan.

Turan, kapten pasukan, turut membantu Turkey mengorak langkah sejauh peringkat separuh akhir di edisi kejohanan ini pada 2008, di samping menyumbangkan dua gol. Usah terperanjat jika Turkey muncul sebagai 'pasukan kejutan' di Euro 2016 ini.

7. Paul Pogba
(Perancis)

Berusia 23 tahun, bintang muda Perancis yang memiliki kecekapan teknikal yang tinggi ini sudah pun berpengalaman beraksi di Piala Dunia Brazil dua tahun lalu di mana beliau dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik kejohanan itu. Dan sekalipun ini adalah pentas Euro pertamanya, Pogba akan tampil di padang sebagai antara tunggak midfield pasukan negaranya yang turut ditaburi bintang-bintang lain.

Beraksi di padang sendiri, jangkaan tinggi diletakkan di atas bahu Progba serta rakan-rakannya lain tetapi inilah kesempatan untuk meninjau kehebat mana bintang muda berbakat ini. Tidak mustahil jika Progba muncul sebagai pemain terbaik kejohanan ini.

8. Dele Alli
(England)

Daripada kelab kerdil, MK Dons, kepada menyarungi jersi England - dan kesemuanya itu dicapainya dalam tempoh 12 bulan. Menakjubkan sekali!

Diuar-uarkan sebagai antara bintang muda paling berbakat untuk muncul di England sejak Wayne Rooney lebih sedekad lalu, Dele Alli begitu menyerlah membantu kelab barunya, Tottenham Hotspur, bersaing hebat bagi mahkota kejuaraan Liga Perdana musim ini yang berakhir baru-baru ini. Jika Rooney 'meletup' di Kejohanan Eropah sulungnya di Euro 2004, mengapa tidak Alli mengikut jejak kaptennya itu apabila tampil di Perancis nanti? Seperti Progba, Alli mampu mengukir namanya sebagai bintang utama Euro 2016 ini.

9. Leroy Sane
(Jerman)

Usianya baru mencecah 20 tahun apabila Euro 2016 ini bermula tetapi Leroy Sane sudah pun disebut-sebut sebagai antara bintang bola sepak masa depan. Pemain sayap bersama Schalke ini sudah pun dipanggil menyertai skuad Jerman buat pertama kali setahun lalu - pada usia 19 tahun - hanya dua bulan selepas diundang skuad Bawah 21 Tahun negaranya.

Bapanya, Souleyman, pernah mewakili Senegal dan kini tiba masanya bagi si anak menyinar di pentas bola sepak terbesar Eropah. Masa permainannya mungkin terbatas memandang beliau dikelilingi para pemain berbakat skuad juara dunia Jerman tetapi setiap kali beliau diturunkan, beliau jarang-jarang menghampakan.

10. Michy Batshuayi
(Belgium)

Dua gol dalam dua perlawanan pertamanya bagi Belgium cukup membayangkan betapa besarnya potensi Michy Batshuayi. Berusia 22 tahun, penyerang Marseille ini bagaimanapun perlu bersaing tempat dalam skuad Belgium yang berbakat yang termasuk Christian Benteke dan Romelu Lukaku.

Namun, usah terperanjat jika Batshuayi mencatatkan impak besar setiap kali diturunkan. Beliau sudah pun menarik perhatian beberapa kelab Liga Perdana dengan senarai ini dijangka bertambah panjang selepas menyaksikan Batshuayi di Euro 2016 ini.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.