SEKITAR 2,000 pengunjung menyerikan acara Discover Golf Carnival di Padang Golf Sentosa kelmarin, sebahagian daripada kegiatan bagi menguar-uarkan kejohanan berprestij Terbuka Singapura SMBC yang akan berlangsung Khamis ini.
Di karnival itu, beberapa pemain nasional termasuk Choo Tze Huang dan Gregory Foo turut hadir untuk memberikan tip-tip bermain kepada para pengunjung.