Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

20,000 penonton saksikan Albirex julang Perisai Sumbangsih, Liga Perdana S'pura buka tirai

Apr 01, 2018 | 02:06 PM



 





HAMPIR 20,000 penonton menyaksikan Albirex Niigata menjulang Perisai Sumbangsih di Stadium Negara pada 31 Mac, membuka tirai era baru bola sepak Singapura.



Kemenangan 2-1 yang dikecapi Albirex  ke atas Tampines Rovers itu, juga adalah perlawanan sulung Liga Perdana Singapura -versi terkini Liga S yang telah melalui penjanamaan semula, antaranya  untuk memulihkan imej dan prestasi bola sepak, selain menarik sokongan peminat bola sepak setempat.



Disaksikan Presiden Halimah Yacob, Albirex - yang menyapu bersih semua empat kejuaraan bagi dua musim berturut-turut sebelum ini - berjaya menundukkan Tampines, nasib juara musim lalu dan antara kelab setempat paling berjaya.



Pertunjukan Albirex semalam, walau Tampines turut memberi saingan, mencadangkan pasukan setempat perlu bangkit untuk terus memberi saingan kental dalam liga sendiri.



Dan mereka perlu berbuat demikian dengan sokongan tenaga muda.



Antara perubahan yang paling ketara bagi satu-satunya liga sukan profesional di Singapura ini adalah penekanan kepada pembangunan pemain muda.



Semua enam kelab setempat perlu mendaftar enam pemain bawah 23 tahun, dan memainkan sekurang-kurangnya tiga pemain ini dalam setiap perlawanan.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata ia ingin meningkatkan ‘tenaga’ dalam liga dan memperuntuk supaya semua pemain lulus ujian yo-yo - larian ‘shuttle’ berbilang peringkat yang mendera untuk layak didaftar sebagai pemain SPL.



 Bercakap kepada akhbar The Straits Times, presiden FAS Encik Lim Kia Tong berkata bahawa era baru bagi bola sepak adalah satu matlamat yang boleh dikecapi.



“Hari ini adalah permulaan projek jangka panjang untuk membina SPL, selaras dengan masa depan bola sepak Singapura. Kejayaannya bergantung kepada sokongan yang berterusan dari pelbagai pihak berkepentingan, terutama peminat. Kami gembira melihat begitu ramai yang hadir hari ini.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >