22 pelajar RP ikuti kursus jurulatih bola sepak AFC

SEKUMPULAN 22 penuntut Politeknik Republik (RP) mengorak langkah pertama untuk menjadi jurulatih bola sepak bertauliah selepas mereka memulakan Kursus Sijil Jurulatih 'C' Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) di kampus pagi tadi.

Berusia antara 18 dengan 22 tahun, mereka adalah peserta kursus paling muda dalam sejarah pensijilan jurulatih AFC.

RP, dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kini menawarkan kursus dua minggu itu buat julung-julung kali kepada penuntut jurusan Diploma dalam Jurulatih Sukan (DSC).

Penuntut yang melengkapkan kursus jurulatih AFC ini turut menerima Sijil Peringkat Pertama Program Pentauliahan Jurulatih Nasional yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Singapura (SSC).

Ini bermakna, penuntut jurusan DSC meninggalkan sekolah bukan sahaja dengan kelulusan akademik malah pentauliahan praktikal yang melayakkan bertugas sebagai jurulatih bola sepak.

NORMAN SAWI

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.