Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

4,300 tenaga sukarelawan 'Team Nila' jadi tulang belakang Sukan Para ASEAN

Nov 21, 2015 | 05:30 PM



SERAMAI 4,300 orang tampil menyertai pasukan sukarelawan 'Team Nila' yang bakal menjadi tulang belakang penganjuran Sukan Para ASEAN (APG) Ke-8 yang akan berlangsung di Singapura kurang dua minggu lagi.


Sehingga tengah hari tadi (21 November), seramai 1,500 daripada jumlah itu sudah pun mengambil pakaian seragam serta pas pengesahan bagi menjalankan tugas masing-masing di Pusat Pentauliahan & Pengagihan Pakaian (UDAC) yang terletak di Panggung Kallang dan dibuka sejak semalam.


Acara tadi juga dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu. yang melahirkan penghargaannya kepada sokongan padu yang dihulurkan tenaga sukarelawan bagi menjayakan temasya yang julung-julung kali dianjurkan di negara ini pada 3-9 Disember.


Bersama-sama beliau di acara itu ialah Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Baey Yam Keng; dan Ketua Perkhidmatan Pelanggan jawatankuasa penganjur APG, Encik Muhammad Rostam Umar.


"Kami gembira melihat ramai muka-muka baru yang tampil sebagai sukarelawan untuk temasya ini. Ia menunjukkan bahawa semangat sukarelawan dalam sukan begitu bertenaga dan semakin berkembang," ujar Encik Rostam.


Para sukarelawan boleh mengambil pakaian serta pas pentauliahan masing-masing sehingga 8 malam esok (22 November).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >