Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

5 sebab 'Big Sam' ideal bagi England

Sebaik anda membaca akhbar ini pagi ini, pengurus Sunderland, Sam Allardyce, kemungkinan besar sudah pun disahkan sebagai bos baru England - menggantikan Roy Hodgson yang mengundurkan diri selepas kempen hambar 'Three Lions' di Euro 2016 yang lalu. Berusia 61 tahun, bekas pengurus Bolton, Newcastle and West Ham United itu akan menjadi pengurus tetap England ke-15 yang ditugaskan memimpin pasukan itu ke Piala Dunia 2018. Popular dengan panggilan 'Big Sam', beliau pernah menjadi antara calon bagi mengisi 'kerusi panas' pengurus England hampir sedekad lalu selepas pengunduran Sven-Goran Eriksson tetapi jawatan itu akhirnya diserahkan kepada Steve McClaren. Berikut adalah lima sebab mengapa 'Big Sam' adalah calon yang tepat sekali untuk mengendalikan pasukan England yang berbakat tetapi sering gagal memenuhi potensi sebenar mereka.
Jul 22, 2016 | 05:30 AM



PAKAR MENYUSUN BENTENG PASUKAN



Jika 'Big Sam' diuji bagi keupayaan menyusun barisan pertahanan yang mantap lagi utuh, beliau tentunya lulus dengan gred 'A'.



Sekalipun skuad England sekarang ditaburi ramai bintang penyerang yang berbakat, tumpuan juga perlu diberikan kepada keutuhan barisan pertahanan Three Lions.



Ini bermakna England akan lebih sukar dikalahkan di bawah kendalian 'Big Sam', ibarat pepatah 'jika gawang anda tidak dibolosi, pasukan anda tidak akan mengalami kekalahan'.



Sekalipun England menguasai sebahagian besar permainan seperti di Euro 2016 lalu, taktik permainan yang kurang teratur di bawah Hodgson merupakan punca 50 peratus daripada gol yang membolosi gawang pasukan itu.



Perkara ini hampir pasti tidak akan berlaku di bawah kepimpinan Allardyce - setiap pemain akan dilatih menjalankan peranan defensif masing-masing dan tahu apa yang perlu dilakukan di padang.



TIDAK TAKUT



Pengalamannya mengendalikan Blackpool, Notts County dan Bolton Wanderers bermakna Allardyce tidak mudah 'goyah' sepanjang menjalankan tugasnya.



Contohnya semasa memimpin West Ham - sekalipun pihak pengurusan menuntut beliau menyajikan 'gaya bola sepak West Ham', Allardyce tidak mengendahkannya, sebaliknya mengekalkan falsafah bola sepaknya.



Pengkritiknya mungkin menyifatkan taktik itu sebagai 'hodoh' tetapi ia menghasilkan keputusan yang diharap-harap - termasuk menyelamatkan Sunderland daripada relegasi pada hujung musim lalu.



PANDAI MENDAPATKAN YANG TERBAIK DARIPADA PEMAIN KREATIF



Para pemain seperti JayJay Okocha, Youri Djorkaeff dan Ricardo Vaz Te semuanya menyerlah sebagai playmaker pasukan semasa di bawah pimpinan Allardyce.



Hasil yang sama boleh dijangkakan dengan skuad England sekarang yang ditaburi beberapa pemain berbakat seperti Ross Barkley, Dele Alli, Adam Lallana dan Raheem Sterling.



BELIAU 'KENALI' PASUKANNYA



Sebahagian besar kritikan yang dilontarkan kepada Hodgson ialah beliau sendiri tidak tahu kesebelasan terbaiknya - sering menukar- nukar pemain yang menjejas momentum prestasi pasukan itu.



Kehadiran Allardyce bagaimanapun akan memberikan 'kestabilan' pada skuad England untuk mencapai potensi sebenar mereka.



Seperti yang ditunjukkannya semasa memimpin Sunderland musim lalu, beliau menamakan kesebelasan yang sama dalam tujuh daripada lapan perlawanan terakhir pasukan itu - pasukannya hanya kalah sekali, berjaya mengutip 12 mata termasuk kemenangan ke atas Chelsea dan seri dengan Arsenal.



'MESRA' INOVASI



Semasa di Bolton, Allardyce antara beberapa pengurus awal dalam Liga Perdana yang 'mesra' teknologi.



Apabila ProZone diperkenalkan pada 1995, beliau antara pengurus pertama memanfaatkan teknologi itu, menjadikannya sebahagian daripada kaedah latihan pasukannya.



Kesegaran perdekatan penuh inovasi inilah juga yang diperlukan skuad England - bukan terus berpegang kepada tradisi permainan yang kini anggap lapuk dalam bola sepak era moden.



England memerlukan orang yang mempunyai pemikiran baru, idea baru dan cita-cita baru - sesuatu yang dapat ditawarkan Allardyce sebaik dilantik pengurus baru England. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >