Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

5 sebab Sepanyol 'sangkut'

Jun 19, 2014 | 02:43 PM



RIO DE JANEIRO (Brazil): Sepanyol tewas 2-0 di tangan Chile di Stadium Maracana awal pagi tadi.


Ia muncul sebagai negara juara kelima terkeluar daripada saingan pusingan awal, mengikut jejak Italy (1950), Brazil (1966), Perancis (2002), Italy (2010).


Tetapi mengapa pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 tersembam kali ini?


Lima sebab yang membawa kepada kejatuhan mereka:


  • Masih mengharapkan pemain lama

Menyusuli kekalahan 5-1 ke atas Belanda, pengurus pasukan Vicente del Bosque mengenepikan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, menggantikan mereka dengan Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.


Hal ini sepatutnya dilakukan lebih awal.


Koke, pemain tengah penuh bertenaga yang mewakili kelab Atletico Madrid, lewat ditampilkan dalam pasukan.


Tindakan memilih penjaga gawang, Iker Casillas, juga dilihat sebagai satu kesilapan.


Ini kerana beliau bukan lagi pemain utama kelab Real Madrid.


  • Tiada penyesuaian

Gandingan pemain pertahanan tengah, Pique and Sergio Ramos amat cemerlang beberapa tahun lalu, tetapi kali ini gagal menyerlah.


Begitu juga dengan permainan Diego Costa yang tidak menyerlah kerana gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu.


Gagal berubah daripada tiki-taka


Sepanyol mendukung sistem lapuk, beranggapan ia amat berjaya dalam banyak kejohanan lalu. Corak permainan pasukan La Roja ini serupa Barcelona sehingga meraih pelbagai kejayaan di bawah pengurus Pep Guardiola.


Tetapi kejatuhan Barcelona dan kegagalan kelab Bayern Munich pimpinan Guardiola yang 'dibedal' Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara baru lalu, memberi isyarat era kegemilangan tiki-taka telah pun berakhir.


  • Gagal bermain dengan baik

Pemain Sepanyol tidak mampu mengawal bola apalagi membolehkannya 'melekat' di kaki apabila diasak pemain Chile.


  • Cabaran suasana Amerika Selatan

Memang diakui pasukan Eropah sukar memenangi Piala Dunia di benua Amerika, dan ia tidak pernah berlaku.


Petanda mengenainya telah kelihatan seawal tahun lalu apabila Sepanyol kalah 3-0 kepada Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi dan kemerosotan berterusan ketika tewas kepada Chile. - AFP


 


Ikuti sedutan perlawanan Sepanyol-Chile (0-2) 


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >