Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

50 peserta bersaing merebut gelaran pelontar bola terbaik

Sep 20, 2017 | 01:19 PM



PERSATUAN Bola Keranjang Singapura (BAS) menamatkan pertandingan melontar bola atau ‘shootout’ Piala Merlion dengan tiga pelontar terbaik negara yang dipilih daripada 50 peserta yang hadir. 

Pertandingan tersebut merupakan salah satu segmen Hari Bersukan Masyarakat di Hab Sukan yang diadakan di Stadium Nasional hujung minggu lalu.

Disaksikan oleh pasukan Singapore Slingers, orang ramai bergiliran melontar bola sebanyak mungkin untuk mendapatkan tempat dalam peringkat akhir. 

Antara peserta yang berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir adalah Encik Eric Cruz, 48 tahun, yang mendahului dengan 42 mata, diikuti Encik Siew Siang Chong, 22 tahun, dengan 38 mata, dan Encik Tan Wei Da, 26 tahun dengan 37 mata. 

Ketiga-tiga peserta itu akan bersaing pada 24 September, pada Grand Finale Piala Merlion 2017. 

Selain daripada pertandingan itu, Stadium Nasional juga sibuk dengan aktiviti bola keranjang dengan kededua pasukan Singapore Slingers dan Adelaide 36ers yang menjalankan klinik kejurulatihan dan latihan praktikal bagi seramai 400 kanak-kanak dari Akademi Bola Keranjang ActiveSG. 

Sesi bertemu peminat juga telah diadakan dengan kededua pasukan. 

Pertandingan melontar bola tersebut telah diadakan untuk mewarwarkan kejohanan Piala Merlion 2017 yang akan berlangsung di OCBC Arena dari 20-24 September 2017.

Tiket kejohanan boleh didapatkan di http://www.apactix.com/events/detail/merlion-cup-2017




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >