PIALA FA MALAYSIA

6,000 penyokong LionsXII selamat tiba di Stadium Bukit Jalil

MEREKA tiba dua jam lebih lewat daripada dijangka. Tapi penyokong LionsXII yang mengikuti dua rombongan utama - Die Hard Fans Singapore dan Al Firdaus Travel - telah selamat sampai ke Stadium Bukit Jalil dari sekitar 6 petang.

Sekitar 2,000 penyokong tiba dalam 48 bas, dengan stadium yang boleh memuatkan 100,000 penonton itu sekitar 70 peratus penuh. Jumlah ini tidak termasuk penyokong yang ke stadium menggunakan pengangkutan sendiri. Menurut jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekitar 6,000 penyokong Singapura dijangka hadir.

Perlawanan akan berlangsung pada 8.45 malam, dengan Kelantan pilihan utama menjulang Piala FA, buat kali pertama.

Namun LionsXII mampu membuat kejutan; dengan Fandi Ahmad berkata pemainnya tidak mempunyai sebarang tekanan sebagai 'underdog' menjelang perlawanan ini.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.