Tirai musim baru Liga-S yang dijangka lebih menarik dan rancak dimulakan Sabtu ini. ANWAR YAHYA <anwar@sph.com.sg> menyenaraikan bintang yang wajar diberi perhatian.
JERMAINE PENNANT: Tarikan terbesar dalam sejarah 21 tahun Liga-S. Moga beliau dapat bantu meniup angin segar bagi mengembalikan kerancakan liga setempat ini. - Foto fail
IRFAN FANDI: Ramai peminat setempat tentunya ghairah mahu melihat peningkatan Irfan sejauh ini apabila beliau menyarungi jersi Home United musim ini. - Foto FACEBOOK HOME UNITED
FUMIYA KOGURE: Kejayaan Hougang United 'memancing' Pemain Terbaik Liga-S 2015 ini daripada kelab lamanya, Albirex Niigata, menunjukkan azam mereka perbaiki kedudukan bagi musim baru ini. - Foto HAIQAL TAHIR
KHAIRUL AMRI: Cabaran berbeza bersama Garena Young Lions tetapi berazam membuktikan beliau masih penyerang nombor satu setempat. - Foto fail
SAHIL SUHAIMI: Tiba masa bagi penyerang berbakat ini membuktikan potensi sebenar apabila menyarungi jersi Geylang International musim ini. - Foto fail
JONATHAN BEHE: Penyerang terbaru Warriors ini pernah beraksi dengan kelab Thai, BEC Tero Sasana. Beliau berazam muncul penjaring gol terbanyak kali ini. - Foto ESPN.COM
MIROSLAV KRISTIC: Selepas menyumbatkan 23 gol bagi Balestier Khalsa musim lalu, beliau tentunya mahu memperbaiki jumlah itu musim ini. - Foto fail