MENJELANG SUKAN SEA 2015

748 atlit, 230 pegawai dalam kontingen terbesar S'pura ke Sukan SEA

SEJUMLAH 748 atlit dan 230 pegawai daripada 36 sukan bakal mewakili Singapura di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 bulan depan - kontingen terbesar negara ke Sukan SEA dalam sejarah.

Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) melepaskan senarai muktamad kontingen Singapura ke Sukan SEA yang berlangsung dari 5-16 Jun ini, petang Selasa.

Singapura diwakili 483 atlit di Sukan SEA 1993 - kali terakhir temasya sukan dwitahunan itu diadakan di sini.

"Kami mengucapkan yang terbaik kepada atlit dan pegawai dalam persiapan terakhir dan ghairah mengibar tinggi bendera Singapura di Sukan SEA di tempat sendiri," kata Setiausaha-Agung SNOC Chris Chan.

Upacara penyampaian bendera Team Singapora akan diadakan pada 12 Mei, 6 petang di OCBC Square, di Hab Sukan Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.