Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Adam, Shahul sertai Albirex

Jan 09, 2018 | 05:30 AM



BINTANG bola sepak muda setempat Adam Swandi diumumkan sebagai salah seorang daripada dua pemain Singapura terpilih menyertai kelab bola sepak Albirex Niigata (Singapura) buat julung- julung kalinya.



Adam bakal menyarung jersi nombor 10 sebagai pemain tengah Albirex dan bermain di samping seorang lagi bakat bola sepak tempatan yang terpilih iaitu penjaga gawang 22 tahun, Shahul Rayyan.



Pengumuman itu menyusuli perubahan pada format Liga S bagi musim ini yang memberi peluang kepada Albirex mengambil dua pemain Singapura di bawah 23 tahun dalam pasukannya.



Sejak Albirex beraksi dalam Liga S sejak 2004, pasukan tersebut hanya terdiri daripada pemain Jepun.



Dalam sidang media di Stadium Jurong semalam, Adam berkata bahawa tidak sukar baginya membuat keputusan untuk bermain bagi Albirex.



"Tentunya saya tidak akan menolak tawaran Albirex yang kini merupakan pasukan yang terbaik di Singapura dan telah menang dua musim berturut-turut.



"Sebagai seorang pemain muda, saya harus keluar dari zon selesa dan ini peluang saya untuk belajar daripada budaya Jepun, cara mereka bermain bola sepak," katanya.



Bagi Shahul pula, yang sebelum ini bermain sebagai penjaga gawang dalam kelab bola sepak Warriors FC, tawaran tersebut merupakan satu penghormatan baginya.



"Bagi saya, ini merupakan peluang memperbaiki diri dan mempelajari sebanyak mungkin daripada pasukan terbaik di Singapura, untuk merealisasikan impian saya untuk menjadi penjaga gawang terbaik di Singapura," kata pemain 22 tahun itu.



Beliau bakal menyertai latihan bersama Albirex sebaik menamatkan tempoh Perkhidmatan Negara (NS) Mei ini.



Albirex telah merangkul kesemua piala domestik yang ditawarkan dalam Liga S dalam kededua musim sebelum ini.



Pengerusi kelab bola sepak itu Daisuke Korenaga berkata beliau gembira dapat mengundang pemain Singapura bermain untuk kelab tersebut.



"Kami berasa ini masa yang sesuai untuk menyumbang secara langsung kepada skuad nasional Singapura dengan mengambil dua pemain Singapura. Rekod kami dalam membangunkan kemahiran pemain muda memang diiktiraf di Jepun.



"Langkah seterusnya bagi kami adalah untuk membentuk pemain Singapura dan membawa mereka ke Liga J. Kami percaya ini dapat mengukuhkan lagi skuad nasional Singapura".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >