Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

golf

Adik-beradik saing bersama dalam Kejohanan Masters Wanita S’pura

Jul 03, 2023 | 01:03 PM



Denise Ng, pelajar Menengah 4 di Sekolah Sukan Singapura (SSP), kini berpeluang bercampur dengan pemain profesional, yang sebahagian daripadanya seganda umurnya.

“Saya sentiasa bermimpi tentang hari ini, bermain kejohanan profesional pertama saya. Kini impian saya tercapai. Sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik dan layak memasuki lebih banyak kejohanan ini,” katanya, 15 tahun.

Kakaknya, Jaymie Ng, juga berkongsi semangat persaingan yang sama.

Jaymie, 18 tahun, pelajar tahun 6 di SSP, berkata: “Semasa latihan, kami saling bersaing antara satu sama lain dengan bermain perlawanan persahabatan dan cabaran.

​“Kami cuba memberikan yang terbaik dalam permainan masing-masing dan juga cuba menggalak satu sama lain apabila seseorang itu tidak bermain dengan baik. Saya sangat bertuah untuk berada dalam perjalanan ini bersamanya.”

Selain kata nasihatnya, Jaymie, yang telah layak ke Kejohanan Golf Remaja Perempuan Amerika Syarikat yang berprestij pada 2022, turut berkongsi panduan lain dengan Denise, seperti kawasan mana yang perlu ditujukan bola golfnya. Mereka juga bertukar pandangan dan membincangkan strategi.

Selain adik beradik Ng, Singapura bakal diwakili lima pemain golf lain dalam Kejohanan Masters Wanita Singapura. Pemain profesional, Amanda Tan dan Koh Sock Hwee, akan disertai pemain amatur, Shannon Tan, Guo Jun Xi dan Anne Fernandez.

Kejohanan itu akan diketuai tiga pemain terbaik dalam Order of Merit CLPGA – Sherman Santiwiwatthanaphong dari Thailand, Zeng Liqi dan Shi Yuli dari China.


Ia merupakan kejohanan golf wanita antarabangsa keempat di Singapura pada 2023, selepas tiga kejohanan semasa Mac yang merangkumi Kejohanan Dunia Wanita HSBC, Kejohanan Asia Pasifik Amatur Wanita dan Siri Pasukan Aramco, lapor The Straits Times.


Mahu mengikut jejak langkah Hailey Loh, yang menjadi warga Singapura pertama memenangi kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan, Jaymie dan Denise berharap dapat bersaing dalam golf kolej sebelum akhirnya menjadi profesional.

Buat masa ini, Jaymie memberi tumpuan untuk melakukan yang terbaik di depan penonton tempatan di Laguna National, termasuk ibu bapa mereka, bapa Ng Saing Leong dan ibu, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Teo.

“Ini adalah pertandingan yang sangat bersaing dengan ramai pemain berbakat dan baik. Ia sememangnya satu ujian yang baik untuk melihat kedudukan saya antara yang terbaik dalam permainan ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >