LONDON: Manchester City terlepas daripada mengalami malu besar ditimpa kekalahan mengejut di tangan kelab divisyen bawahan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengalahkan Watford 4-2 dalam pertandingan Piala FA kelmarin.
Sergio Aguero menjaringkan gol hatrik dan Aleksandar Kolarov menjaringkan satu lagi untuk menyelamatkan maruah City selepas Watford, yang gagal mendapatkan kenaikan ke Liga Perdana daripada Liga Kejuaraan tahun lalu, mendahului dengan dua gol dalam separuh masa pertama.