Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aguero bantu Man City tumpaskan Monaco 5-3

Feb 22, 2017 | 07:42 AM



MANCHESTER, United Kingdom - Sergio Aguero muncul sebagai bintang apabila pasukannya Manchester City menewaskan Monaco 5-3 dalam perlawanan sengit dari mula Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Selasa (21 Feb).



Raheem Sterling meletakkan City di depan. Kylian Mbappe kemudian menyamakan kedudukan.



Radamel Falcao kemudian menjaringkan dua gol untuk meletakkan Monaco di depan kepada 3-2.



Namun City membuat tiga jaringan dalam 19 minit terakhir melalui gol Aguero, John Stones dan Leroy Sane, untuk meletakkan skuad Pep Guardiola di depan menjelang perlawanan kedua pada 15 Mac.



City mulanya kelihatan mungkin menerima padah kerana kecuaian pertahan menyebabkan Monaco menguasai permainan.



Tetapi kesungguhan Aguero membolehkan mereka kembali merancakkan permainan, lebih-lebih lagi Falcao gagal menyumbatkan tendangan penalti pada awal babak kedua.



Aguero, yang kehilangan tempat dan digantikan oleh Gabriel Yesus kebelakangan ini, menemui semula sentuhannya. Ia adalah satu kemenangan peribadi bagi Aguero yang meninggalkan padang dengan tepukan gemuruh. - (AFP)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >