LONDON: Sergio Aguero menjaringkan empat gol pada babak kedua apabila Manchester City terus mara ke arah mahkota Liga Perdana dengan kemenangan 5-1 ke atas Leicester pada Sabtu (10 Februari) untuk mendahului pasukan tempat kedua, Manchester United, dengan 16 mata.
Aguero kini berada hanya dua gol di belakang penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane dalam perlumbaan bagi but emas.
Satu lagi gol City dijaringkan oleh Raheem Sterling, sementara Jamie Vardy menyumbatkan gol Leicester.
Dalam satu lagi perlawanan, Kane menjaringkan gol tunggal Tottenham dalam kemenangan 1-0 ke atas Arsenal di Wembley.
Di hujung liga, kebangkitan Swansea yang menakjubkan di bawah Carlos Carvalhal berterusan apabila tendangan baik Ki Sung-Yueng sembilan minit sebelum perlawanan berakhir menghasilkan kemenangan 1-0 ke atas Burnley untuk ia bergerak ke tangga ke-14.
West Ham juga mengurangkan kebimbangan penyingkiran mereka apabila gol oleh Javier Hernandez dan Marko Arnautovic memastikan mereka bergerak lima mata dari zon penyingkiran dengan kemenangan 2-0 ke atas Watford.
Stoke City kekal di tangga ke bawah apabila tendangan penalti Charlie Adam pada masa tambahan diselamatkan dalam keputusan seri 1-1 melawan Brighton, sementara Everton menewaskan Crystal Palace 3-1. – AFP.