BUAT pertama kali sejak dua minggu lalu, saya berasa seronok menyaksikan Brazil bermain dalam Piala Dunia pagi semalam.
Untuk pertama kali saya melihat ada semangat dan rentak dalam pasukan Brazil, yang terkenal dengan gerakan menarik, larian solo dan hantaran-hantaran tepat yang diiring irama samba yang sinonim dengan gaya permainan Brazil selama ini.