Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AIA Singapore penaja utama Liga Perdana S'pura mulai musim ini

Feb 23, 2019 | 09:41 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah memeterai perjanjian baru bersama syarikat insurans AIA Singapore sebagai penaja utama Liga Perdana Singapura (SPL) bermula musim ini.



Perjanjian tersebut bakal menyaksikan AIA Singapore menaja SPL selama dua tahun, di samping membuka peluang dalam pembangunan bola sepak tempatan.



Ini setelah syarikat induknya, AIA, merupakan penaja global utama Tottenham Hotspur (Spurs), salah satu kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana England (EPL) yang kini menduduki tempat ketiga liga.



Lantas, ia diharap dapat membuka peluang bagi bakat pemain muda dan bola sepak Singapura, secara amnya, untuk terlibat dengan kelab tersebut.



Dalam sesi pemeteraian perjanjian di Stadium Jalan Besar hari ini (23 Februari), Ketua Pegawai Eksekutif AIA Singapore, Encik Patrick Teow, memberi gambaran akan peluang bagi bakat muda setempat dilatih oleh kakitangan atau jurulatih Spurs pada masa hadapan.



Semasa berucap, beliau berkata:



“Kami merancang menggunakan kerjasama kami bersama Spurs supaya Singapura berpeluang melibatkan diri dengan kelab tersebut (pada masa hadapan).”



Presiden FAS, Encik Lim Kia Tong, pula menyifatkan kerjasama dan penajaan tersebut sebagai “pengukuhan pada tahap persaingan bola sepak Singapura”.



“AIA bukanlah muka baru dalam bola sepak. Mereka telah lama bekerjasama dengan salah satu pasukan terkemuka EPL, Tottenham Hotspur.



“Kami (FAS) sungguh berbesar hati dapat bekerjasama dalam perjalanan kami meningkatkan tahap bola sepak di Singapura secara am dan SPL secara khususnya,” kata Encik Lim.



Edisi liga utama tempatan sebelum ini pernah ditaja oleh syarikat Great Eastern dan Hyundai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >