Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK RIO 2016

Aisyah lepasi halangan pertama

Aug 08, 2016 | 05:30 AM



SABTU lalu, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee melepasi garisan penamat dan mengatasi jangkaan untuk melangkah ke suku akhir acara mendayung di Rio 2016.



Menurutnya, tasik yang bergelora di Lagoa Rodrigo de Freitas, di Copacabana, membuat perahu barunya terumbang-ambing dan sukar dikawal.



Malah, beliau menyifatkan perlumbaan di bawah terik suria itu sebagai antara paling sukar pernah ditandinginya.



Sebelum perlumbaan, Aisyah juga terpaksa menggunakan stokin gantian untuk meresap air yang memasuki perahu - antara dugaan unik di Rio yang sukar dijangka.



Namun Aisyah, 28 tahun, bukan sahaja berjaya merampas tempat ketiga sekali gus kelayakan automatik ke suku, bahkan beliau lebih pantas daripada dua pendayung - Huang Yi-ting (Taiwan) dan Svetlana Germanovich (Kazakhstan) - yang menewaskannya di kelayakan Olimpik di Korea Selatan Mei lalu.



Mungkin, pencapaian Aisyah ini dan cara beliau mengatasi kesukaran tidak menghairankan.



Sesiapa sahaja yang pernah berbual dengan atlet tinggi lampai ini tahu beliau mudah tersenyum, tetapi senyuman itu menyelindungi tekad yang membara dalam jiwanya untuk mencapai impian.



Awal tahun ini, dengan wang simpanan kian merosot, Aisyah berpaling ke kaedah crowdfunding - memohon dana awam - dan berjaya mengutip sekitar $14,000.



Dalam wawancara dengan Berita Harian sebelum berangkat ke Rio, Aisyah berkata beliau tidak suka kalah dalam apa sahaja perkara, walau seberapa remeh sekali pun perkara itu, seperti bermain permainan video dengan adik-beradiknya.



"Jika orang berkata saya tidak boleh melakukan sesuatu kepada saya, saya akan cuba sedaya upaya membuktikan bahawa saya boleh," ujarnya.



Walau sedar beliau kini menarik lebih banyak tumpuan awam, Aisyah enggan terbuai dengan pujian orang.



Sesungguhnya, Aisyah tidak minta disanjungi, tetapi beliau layak dihormati sebagai atlet yang berkorban bagi sukannya.



Semasa dinobat menjadi penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian pada 2014, Aisyah berkata beliau ingin menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda, terutama anak perempuan dalam masyarakat Melayu, untuk sentiasa mengejar cita-cita dan yakin pada keupayaan diri sendiri.



Esok, Aisyah bakal menulis lembaran baru dalam perjalanan Olimpiknya apabila beliau bertanding dalam suku akhir di tasik yang sama.



Berbekal pengalaman perlumbaan pertama, beliau dijangka lebih bersedia dan boleh memperbaiki masa 8 minit 44.71 saat (8:44.71) yang dikecapinya dalam peringkat saringan.



Masa itu seminit lebih perlahan berbanding masa terbaiknya bagi perlumbaan jarak 2,000 meter ini.



Aisyah beraksi di suku akhir sebagai peserta ke-16 terpantas, kedudukan yang melepasi jangkaannya - sebelumnya beliau mengharapkan tempat ke-24 dalam kalangan 32 peserta.



Di suku akhir nanti, tiga pendayung terpantas daripada empat perlumbaan akan mara ke separuh akhir.



Lantaran itu, pendayung lain akan diberi ranking mengikut masa yang dicatat dan susunan pertandingan yang sulit.



Yang pasti, laluan menjadi lebih sukar bagi semua peserta dari saat ini. Namun tiada apa yang mustahil bagi Aisyah.




Kata-kata semangat dari PM untuk Aisyah



Kata-kata semangat dari PM untuk Aisyah "Gembira kerana Saiyidah Aisyah, pendayung Olimpik Singapura yang pertama layak ke suku akhir #Rio2016! Ia satu perjalanan luar biasa ke Sukan Olimpik bagi pemegang Biasiswa Sukan SPEX Singapore. Perlumbaan seterusnya pada Hari Kebangsaan... hampir serentak dengan Perbarisan Hari Kebangsaan di Stadium Negara... Kami semua akan bersama menyokong anda Saiyidah!"
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >