BERAKSI dalam Sukan SEA sulungnya, jaguh gimnastik muda, Aizat Muhammad Jufrie, memenangi pingat gangsa keduanya di temasya sukan ini yang berlangsung di Dewan Sukan Bishan semalam.
Pelajar Raffles Institution (Maktab Rendah) yang berusia 19 tahun itu mencatatkan skor 12.883 untuk menduduki tempat ketiga acara 'horizontal bar'.