SORAKAN terkuat daripada peminat sukan setempat, yang tidak sabar menantikan obor Sukan Olimpik dinyalakan pagi esok (waktu tempatan), kedengaran semalam apabila berita bahawa temasya itu akan disiarkan secara langsung di sini akhirnya diumumkan.
Penyiar nasional Mediacorp dalam satu kenyataannya berkata ia telah mencapai perjanjian dengan pemegang hak siaran Dentsu semalam bagi menayangkan acara sukan antarabangsa itu secara langsung.