Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Al-Hilal dilapor bakal tawar Messi £193j setahun untuk ke Saudi

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Kelab Arab Saudi Al-Hilal dilaporkan sedang membuat persiapan menawarkan Lionel Messi kontrak bernilai £193 juta ($314 juta) setahun bagi menandingi pakej Al-Nassr untuk Cristiano Ronaldo.



Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi pada Disember selepas menamatkan secara bersama kontraknya di Manchester United sebelum Piala Dunia 2022. Pemain berusia 38 tahun itu dikatakan dibayar £177 juta setiap tahun di Al-Nassr, sambil dijangka menggalas peranan duta selepas kerjayanya sebagai pemain profesional berakhir pada 2024, lapor AFP.



Menurut Marca, musuh ketat Al-Nassr, Al-Hilal sedang bersiap sedia untuk menawarkan perjanjian sama kepada Messi dalam usaha mereka cuba memikat penyerang Argentina itu ke Riyadh daripada kelab Perancis Paris Saint-Germain.



Al-Hilal buat masa ini dikenakan larangan membuat pemindahan pemain, tetapi akan bebas untuk mendapatkan Messi pada musim panas, dan kerajaan Arab Saudi juga bersedia menukar undang-undang had gaji untuk memudahkan ketibaan juara Piala Dunia itu.



Kontrak Messi bersama PSG tamat pada musim panas dan walaupun rundingan bagi kontrak baru telah dijalankan, perjanjian muktamad masih belum dicapai. Justeru, pemindahan percuma ke Timur Tengah adalah satu kemugkinan untuk Messi, yang sudah pun menjadi duta pelancongan Arab Saudi dan telah pergi ke negara Teluk itu beberapa kali bagi aktiviti promosi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >