Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Albirex juara!

Kelab Jepun atasi Hougang United 1-0, Tampines Rovers naib juara selepas terikat 1-1 dengan Geylang
Dec 06, 2020 | 05:30 AM



TIRAI musim 2020 Liga Perdana Singapura (SPL), yang berlarutan selama sembilan bulan akibat pandemik Covid-19, akhirnya dilabuh dengan pasukan asing sekali lagi mengungguli satu-satunya liga profesional bola sepak setempat.



Kelab Jepun Albirex Niigata digelar juara Liga Perdana Singapura 2020 setelah menewaskan Hougang United 1-0 di Stadium Hougang semalam.



Tiga mata itu sekali gus bermakna The White Swans mengakhiri musim di puncak liga dengan pungutan 32 mata.



Gol tunggal Ryoya Taniguchi pada minit ke-53 menjaminkan kejuaraan keempat Albirex dalam lima musim.



Ia juga adalah kali keenam berturut-turut pasukan asing menjuarai SPL.



Liga musim lalu dimenangi kelab dari Brunei Darussalam, Brunei Brunei DPMM FC, yang gagal menamatkan musim SPL 2020 akibat sekatan koronavirus.



Sementara itu, Tampines Rovers terpaksa berpuas hati sebagai naib juara liga musim ini selepas terikat 1-1 bersama Geylang International di Stadium Our Tampines Hub semalam.



Keputusan seri itu bermakna The Stags memungut 29 mata daripada 14 perlawanan.



Sebelum perlawanan petang semalam, hanya satu mata yang memisahkan kededua pasukan teratas liga dengan Albirex mendahului tangga (29 mata) disusuli Tampines (28 mata).



Di Stadium Our Tampines Hub, Geylang membuka tirai jaringan dahulu pada minit ke-24 menerusi tandukan gol Barry Maguire dari sepakan sudut.



Pemain bek Tampines Baihakki Khaizan kemudian menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-79.



Namun, serangan bertubi-tubi The Stags dalam babak kedua tidak cukup untuk mengakhiri musim dengan kemenangan.



Pasukan kendalian Gavin Lee bagaimanapun melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara AFC musim depan.



Geylang menamatkan musim liga ini di tempat keempat di belakang Lion City Sailors, yang menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan Balestier Khalsa 5-2 di Stadium Bishan semalam.



Dalam pada itu, Young Lions mengakhiri musim dengan kemenangan 4-2 ke atas Tanjong Pagar di Stadium Jurong East semalam.



Perlawanan di stadium Our Tampines Hub juga menyaksikan penonton hadir menonton perlawanan secara langsung di stadium buat pertama kali sejak perlawanan SPL dimainkan tanpa penonton pada 14 Mac.



Seramai 200 penonton dihadkan menonton perlawanan itu, dengan mereka perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) bagi Covid-19 sebelum dibenarkan masuk stadium.



Dalam stadium, penonton dilihat duduk jarak dua kerusi antara satu sama lain dan diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup sepanjang menonton perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >