PIALA SINGAPURA RHB

Albirex juara Piala S'pura, kelab asing sapu semua kejuaraan domestik musim 2015

ALBIREX Niigata menewaskan Home United 2-1 bagi menjuarai Piala Singapura RHB pada 27 November, bermakna kelab asing 'menyapu' bersih kesemua kejuaraan domestik musim 2015.

Ini adalah kali kedua Liga S, Piala Singapura dan Piala Liga tidak dimenangi oleh pasukan setempat. Dalam 2010, kelab dari Perancis Etoile FC memenangi kededua Liga S dan Piala Liga, sementara kelab Bangkok Glass dari Thailand memenangi Piala Singapura.

Disaksikan 4,617 penyokong di Stadium Jalan Besar, Albirex menjaringkan dua gol dalam tempoh 15 minit terakhir bagi menjamin kemenangan dan Piala Liga pertama.

Sebaliknya, Home, yang dipimpin jurulatih Philippe Aw hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas beraksi sebahagian besar permainan dengan 10 pemain.

Pemain midfield Fazli Ayob dass dilayangkan kad merah pada minit ke-26 selepas menerajang dada pemain lawan.

Walau beraksi dengan 10 pemain, Home berjaya mengatur serangan berbahaya, dengan Kamel Ramdani hampir menemui sasaran pada minit ke-35, tetapi percubaannya mengena palang.

Home berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-72 menerusi Abdil Qaiyyim, hasil hantaran Yasir Hanapi.

Bagaimanapun, kegirangan pemainnya hanya kekal kurang lima minit sebelum Rion Taki menjaringkan gol penyamaan; dan pada minit ke-86, Kento Nagasaki menyumbat gol kedua dan kemenangan bagi pasukan dari Jepun itu.

Walau tewas, Aw berkata beliau berbangga dengan pertunjukan anak didiknya.

"Kami berupaya menguasai permainan walau beraksi dengan 10 pemain. Pertunjukan 10 pemain ini membuat saya berasa bangga," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.