Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex kalahkan Tampines 2-1 dalam perlawanan pembuka tirai Liga-S

Feb 27, 2017 | 11:32 AM



TIRAI musim ke-22 Liga-S dibuka pada Ahad (26 Feb) malam dengan juara bertahan Albirex Niigata mengalahkan Tampines Rovers 2-1 dalam perlawanan Perisai Masyarakat.



Perlawanan rancak bukan dengan tiga gol saja, bahkan tiga kad merah, penalti kontroversi dan penonton seramai 15,480 orang di Stadium Negara.



Albirex dari Jepun, yang menyapu bersih empat piala domestik musim lalu, bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Tampines.



Namun, jurulatih Albirex, Kazuaki Yoshinaga, mengakui keputusan mungkin berbeza jika Tampines - yang membuka jaringan menerusi pemain tengah Ryutaro Megumi pada minit ke-36 - menyempurnakan sepakan penalti minit ke-58th untuk menggandakan kelebihan mereka.



Sebaliknya, gol tendangan penalti penyerang Croatia, Ivan Dzoni, dibatalkan oleh pengadil Sukhbir Singh, yang memerintahkan tendangan semula, yang terkena tiang gawang.



Selepas itu, persembahan Tampines merosot dan tiga pemainnya - Yasir Hanapi, kapten Madhu Mohana dan Ismadi Mukhtar - dibuang padang.



Akibatnya, Albirex bangkit dan menang melalui dua gol oleh penyerang gantian Shoichiro Sakamoto.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >