Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Amerika julang mahkota Piala Dunia Wanita selepas belasah Jepun 5-2

Jul 06, 2015 | 10:20 AM



VANCOUVER: Wakil Asia, Jepun, menyerahkan mahkota Piala Dunia Wanita apabila tewas 2-5 kepada skuad Amerika Syarikat yang beraksi cemerlang dalam pertandingan akhir yang berakhir sebentar tadi (6 Julai).


Dengan gawang pasukan juara bertahan itu dibolosi empat gol dalam 16 minit pertama, Jepun gagal menyaingi kehebatan Amerika yang menjulang mahkota Piala Dunianya untuk kali ketiga.


Kemenangan itu lebih manis memandangkan mereka tewas kepada lawan yang sama dalam final kejohanan itu empat tahun lalu.


Kecuaian benteng pertahanan Jepun melihat Amerika meluru dua gol di hadapan dalam lima minit pertama dengan kapten Carli Lloyd menyempurnakan kededua peluang awal yang diperolehinya. Kesilapan Azusa Iwashimizu kemudian melihat bola jatuh ke kaki Lauren Holiday yang menjadikan kedudukan 3-0 sebelum gol cantik Lloyd yang merembat daripada jarak separuh padang selepas melihat penjaga gawang Jepun, Ayumi Kaihori, berada di luar garisan gawangnya.


Yuki Ogimi merapatkan jurang sebelum 'gol hadiah' Julie Johnston memberikan pasukan bergelar 'Nadeshiko' itu peluang bangkit tetapi Tobin Heath memastikan mahkota menjadi milik Amerika dengan gol kelima pasukannya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >