KEKALAHAN kepada lawannya dari Russia, Timofey Nastyukhin, pada Februari lalu menamatkan pencapaian enam pertarungan tanpa kekalahannya.
Ini juga memadamkan segala harapan jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA), Amir Khan Ansari, daripada peluang tampil dalam pertarungan merebut kejuaraan kelas 'light' One Championship.