IA cabaran terbesarnya tetapi jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA) Singapura, Amir Khan, mengatakan bahawa beliau tidak akan berpuas hati selagi belum dapat memenangi kejuaraan dunia.
Bertarung dalam kelas 'light', Amir melahirkan keyakinan jika berjaya memenangi pertarungannya dalam acara ONE Championship: Immortal Pursuit! di Stadium Tertutup Singapura malam ini, ia petanda jelas bahawa beliau sudah pun bersedia bagi peluang merebut kejuaraan dunia.