MENJELANG SUKAN SEA 2015

Amirudin Jamal dapat tempat 100 meter di Sukan SEA

PELARI pecut nasional Amirudin Jamal, telah dipilih mewakili Singapura dalam acara 100 meter di Sukan Asia Tenggara (SEA) Jun ini.

Beliau menyertai Calvin Kang sebagai dua wakil negara di acara balapan yang paling menarik perhatian itu.

Walau telah memenuhi kriteria yang ditetapkan, tempat Amirudin di Sukan SEA menjadi tanda tanya selepas presiden Singapore Athletics (SA) Tan Weng Fei berkata prestasinya kebelakangan ini kurang memadai untuk dipilih mewakili negara.

Amirudin mencatat masa 10.55 saat - masa kelayakan - di Perlis, Malaysia November lalu, tetapi hanya berjaya mencatat 10.69 saat di separuh akhir Terbuka Singapura - masa yang menyingkirnya dari final.

Kang mencatat masa 10.48 saat di Terbuka Singapura.

Namun, Amirudin, yang memiliki masa peribadi terpantas 10.46 saat, berkeras masa yang dicatatkannya kian pantas, mencadangkan beliau dapat mencapai prestasi terbaik di Sukan SEA Jun ini. Beliau memenangi pingat gangsa di acara itu di Sukan SEA Myanmar dua tahun lalu.

Singapore Athletics mengumumkan senarai 74 atlit - 33 perempuan dan 41 lelaki yang bakal mewakili negara ke Sukan SEA.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.