“SAYA tamak orangnya. Kalau boleh dua-dua pun saya nak menang,” kata Muhammad Amirudin Jamal yang bakal mewakili negara dalam acara 100 meter dan 4x100 meter di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Myanmar bulan depan.
Senyum simpul yang terukir di bibirnya membayangkan kata-katanya itu mungkin gurauan semata-mata.
Namun, keyakinan yang bersinar dari matanya mencerminkan semangat berkobar-kobar menjadikan harapan itu kenyataan.
Dan selepas mencatat masa peribadi terbaik – 10.46 saat dan merangkul pingat perak di Kejohanan Atletik Terbuka Malaysia bulan lalu, Amirudin seharusnya yakin keupayaannya bersaing dengan pelari pecut terpantas di rantau ini.
Masa yang dicatatkannya itu adalah kali pertama beliau berjaya melengkapkan larian 100 meter di bawah 10.5 saat.
Malah, ia setanding masa rakan pecut Gary Yeo apabila beliau merangkul pingat perak di Sukan SEA Jakarta dua tahun l