Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Andreescu lebih bersemangat selepas atasi kecederaan, isu kesihatan mental

Aug 15, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Walaupun berjaya merangkul kejuaraan Indian Wells semuda 18 tahun, Bianca Andreescu, akur perjalanannya tidak akan selalu mudah.


Pemain tenis wanita asal Canada berusia 23 tahun itu pernah menewaskan bintang tenis dunia, Serena Williams, dalam kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada 2019.

Tetapi pada 2020, meniskusnya koyak dan beliau tidak dapat bermain untuk sepanjang tahun.

Koyakan meniskus berlaku apabila tulang rawan berbentuk C di lutut cedera.

Pada tahun berikutnya, disebabkan keadaan sejagat yang dilanda pandemik Covid-19, kesihatan mentalnya terjejas dan beliau hampir berputus asa.

Beliau berhenti seketika daripada bermain tenis pada awal 2022 dan kini, bakat muda itu seperti disuntik semangat baru.

Berkongsi kepada pihak media semasa membuat persiapan bagi Terbuka BNP Paribas di Indian Wells pada Mac, Andreescu berkata:

“Saya sudah tentu berasakan bahawa saya tidak ada resipi kejayaan yang tepat. Saya tidak pasti sekiranya sesiapa ada (resipi sedemikian) mungkin selain daripada Novak Djokovic dan Roger Federer.

“Tetapi saya berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kesempurnaan dan saya rasa kini saya ada resipi kejayaan yang amat baik kerana saya berasa baik tentang diri saya.”

Beliau menambah beliau sedia maklum keputusan perlawanan-perlawanan sebelum ini tidak berpihak kepadanya tetapi beliau tidak ingin menjadikannya sebagai penghambat.

“Kami ada pakar psikologi yang boleh kami kunjungi pada bila-bila masa, tetapi saya rasa ia terletak pada diri anda sekiranya anda ingin berubah (dan) sekiranya anda ingin memperhalusi diri.

“Anda tidak boleh letakkan jangka masa pada perkara sedemikian. Ia boleh mengambil masa berbulan, beberapa hari, ia boleh ambil beberapa tahun.

“Bagi saya, ia mengambil masa dua setengah tahun untuk sampai ke tahap ini dan ia adalah usaha yang berterusan. Jika anda teruskan usaha gigih, saya rasa ia suatu kemungkinan untuk kembali ke tahap tersebut,” jelasnya.

Andreescu merupakan salah seorang daripada 72 pemain yang tertakluk kepada sekatan 14 hari sebelum kejohanan Terbuka Australia 2021.

Pada tahun yang sama, beliau terlepas bermain di Rome (Italy) dan Madrid (Sepanyol) kerana dijangkiti Covid-19.

Sejak kembali dalam arena pertandingan tenis profesional – bermula dengan kejohanan di Stuttgart, Jerman pada April – dan melangkah ke peringkat suku akhir, beliau mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Beliau tidak melampaui batas berlatih dan menyuntik elemen keseronokan kepada latihannya. Misalnya, pada permulaan sesi latihan, beliau menyertakan kegiatan bermain bola sepak.

Pemain tenis wanita yang menduduki kedudukan nombor 36 dunia itu menjelaskan: “Saya telah ubah banyak perkara sejak kebelakangan ini.

“Tetapi perkara yang tetap adalah rutin meditasi saya, latihan visualisasi yang saya lakukan setiap hari.

“Saya letakkan gambar di papan visi saya (iaitu alat bagi memaparkan matlamat secara visual) memegang setiap trofi.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >