Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Antonio Conte pengurus baru Chelsea

Apr 05, 2016 | 10:57 AM



LONDON: Antonio Conte telah menandatangani kontrak tiga tahun bernilai £15 juta ($29 juta) untuk menjadi pengurus baru Chelsea dan akan menyertai kelab bola sepak Inggeris itu selepas menerajui kempen Euro 2016 Italy.



Warga Italy itu telah mengumumkan keputusannya akan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan negara itu selepas Kejohanan Eropah.



Bekas pemain tengah dan pengurus Juventus itu mengadakan perbincangan dengan para pegawai Chelsea selama beberapa minggu dan telah bersetuju dengan kontrak £5 juta setahun, termasuk bonus £5 juta jika beliau menang Liga Juara-Juara.



"Saya amat teruja dengan prospek bekerja di Chelsea. Saya bangga menjadi jurulatih pasukan kebangsaan negara saya dan hanya peranan menarik sebagai pengurus Chelsea boleh menyusulinya," kata Conte, 46 tahun, dalam satu kenyataan pada Isnin (4 Apr).



Chelsea memberi Conte kebenaran membawa bersamanya pembantu jangka panjangnya, Angelo Alessio dan Massimo Carrera, ke Stamford Bridge.



Conte membantu Juventus memenangi tiga kejuaraan berturut-turut hingga 2014 dan menggantikan Cesare Prandelli sebagai pengurus Italy di bawah kontrak dua tahun selepas negara itu tersingkir di peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2014. - The Guardian, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >