Anugerah bagi pemain bowling muda

KEJUTAN manis bagi peserta bowling berbakat muda negara, Muhammad Jaris Goh, apabila beliau dipilih sebagai Pemain Belia Terbaik 2013 di majlis tahunan Anugerah dan menyambut Tahun Baru Cina Persekutuan Bowling Singapura (SBF) yang berlangsung di Raffles Hotel malam ini.

Ini adalah kali pertama atlit berusia 19 tahun itu - yang memenangi dua pingat emas dan dua perak di Kejohanan Komanwel pada Februari tahun lalu - menerima anugerah tersebut.

"Saya agak terkejut kerana saya tiba ke majlis untuk menikmati juadah, dan tidak tahu bahawa saya akan diberi anugerah ini.

"Ini tentunya akan mendorong saya mencapai lebih banyak kejayaan lagi," ujar Jaris yang dihubungi malam tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.