YAYASAN SportCares ialah cabang kebajikan Majlis Sukan Singapura (SSC) yang antara lain giat mengendalikan kegiatan sukan bagi mendekati belia dan remaja berisiko daripada keluarga kurang mampu.
Ia dilancarkan lewat 2012 sebagai salah satu inisiatif Wawasan 2030 yang mempelawa warga setempat menerapkan sukan dalam gaya hidup harian masing-masing.