Apa kata dua wakil kelab penyokong rasmi Liverpool & Manchester United

"Ia pertarungan antara dua musuh ketat dan dengan semulajadinya akan menyemarakkan semangat juang setiap pemain... ia juga ibarat perlawanan hidup atau mati, jadi Mourinho tentunya akan menuntut pemainnya mencatatkan kemenangan. Saya menjangka bintang muda Marcus Rashford muncul dengan gol kemenangan. Ramalan saya United menang 2-0."
- Shahrul Nizam Shaharuddin, 31 tahun , Ketua Bola Sepak Kelab Penyokong Manchester United Singapura (MUSCS).


"Liverpool musim ini lebih baik berbanding musim lalu... Klopp berjaya merubah mentaliti para pemain. Para pemain juga lebih bersemangat berjuang untuk beliau. Moral pasukan juga tinggi sekarang dan saya fikir Klopp akan menyemarakkan penyokong di Anfield pada hari perlawanan untuk menggugat keyakinan United. Ramalan saya ialah Liverpool menang 3-1."
- Ismail Mohamed Yusoff, 38 tahun, eksekutif pembangunan Kelab Penyokong Rasmi Liverpool (Timur S'pura). Kelab ini turut dikenali S'pore Anfield Warriors Supporters Club.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730