Argentina atasi Belanda melalui tendangan penalti untuk ke final Piala Dunia

Giliran penjaga gawang Argentina, Sergio Romero, menjadi wira pasukan.

Kecemerlangannya menyelamatkan dua penalti Belanda membawa Argentina ke final Piala Dunia 2014 ini dengan kemenangan 4-2 dalam babak penalti selepas perlawanan terikat tanpa gol selepas 120 minit permainan pertarungan di Arena Corinthians, di Sao Paulo, sebentar tadi.

Kemenangan itu memastikan kehadiran wakil Amerika Selatan dalam final yang akan berlangung di Stadium Maracana awal pagi Isnin ini yang menemukan Argentina dengan Jerman yang sehari sebelum ini menghancurkan harapan pasukan tuan rumah, Brazil.

Kecemerlangan Romero menyelamatkan percubaan penalti Belanda yang diambil oleh Ron Vlaar dan Wesley Sneijder menjadi penentu perlawanan dan menjamin tempat pasukannya di final kejohanan ini buat pertama kalinya sejak 1990.

Perlawanan itu juga adalah yang pertama gagal menghasilkan gol selepas 120 minit permainan dalam sejarah pertandingan ini - berbeza daripada pesta lapan gol yang mewarnai separuh akhir pertama antara Brazil dengan Jerman.

Final Argentina dengan Jerman kali ini juga adalah kali ketiga kededua pasukan gergasi itu bertembung dalam final, selepas 1986 dan 1990.

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.