Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal 1 - Man U 2: Tiga mata pertama di padang lawan

Nov 23, 2014 | 03:45 AM



ANAK buah Louis Van Gaal akhirnya mencapai kemenangan pertama di padang lawan setelah menundukkan seteru tradisinya, Arsenal, Stadium Emirates awal pagi tadi (waktu tempatan).


Gol Wayne Rooney minit ke-85 membezakan kededua pasukan setelah penyerang Arsenal, Olivier Giroud, merapatkan jurang dalam masa tambahan menerusi rembatan kencang yang pasti antara calon bagi gol terbaik musim ini. Gol pertama Mancheser United dijaringkan pemain pertahanan Gunners, Kieran Gibbs, yang menewaskan penjaga gawangnya sendiri pada minit ke-56.


Kemenangan United itu dicapai meskipun Arsenal menguasai sebahagian besar permainan. Arsene Wenger pasti kecewa kerana anak didiknya seharusnya mengakhiri saingan lawam mereka seawal separuh masa pertama dengan sekurang-kurangnya dua peluang keemasan.


Penjaga gawang muda Red Devils, David De Gea, sekali lagi muncul cemerlang dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.


Tiga mata yang diraih itu lebih manis bagi United yang sekali lagi terpaksa merombak formasi pasukan dan bermain dengan tiga pemain pertahanan ekoran masalah kecederaan yang meruncing. Kemenangan itu bermakna United kini menduduki kedudukan kelayakkan Liga Juara-Juara Eropah di tangga ke-empat liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >