Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal atasi Everton 3-1 untuk julang mahkota Trofi Asia Barclays

Jul 18, 2015 | 10:24 PM



KECEMERLANGAN tiga tunggaknya - Theo Walcott, Santi Cazorla dan Mesut Ozil - memastikan Arsenal menjulang mahkota kejuaraan pertamanya sebelum musim baru ini bermula dengan kemenangan 3-1 ke atas Everton di hadapan lebih 52,000 penyokong dalam final Trofi Asia Barclays yang berakhir di Stadium Negara sebentar tadi (18 Julai).


Penyerang England, Walcott, menyambut umpanan cemerlang Cazorla untuk melepaskan percubaan saparuh voli yang menewaskan penjaga gawang Joel Robles pada minit ke-22.


Giliran Cazorla kemudian melebarkan jaringan pada minit ke-58 melalui rembatan kencang daripada pinggir petak penalti sebelum seorang lagi bintang pasukan, Ozil, menjamin kemenangan kelab di Stadium Emirates itu dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas satu gerakan cantik dengan Cazorla.


Gol sagu hati Everton dijaringkan Ross Barkley pada minit ke-75 tetapi ia tidak dapat menghalang kecemerlangan Arsenal.


Berbeza daripada pertemuan dengan Pilihan Singapura pada Khamis lalu apabila pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menurunkan ramai pemain simpanannya, pertarungan tadi menyaksikan skuad Arsenal yang lebih gagah termasuk penampilan sulung bekas penjaga gawang Chelsea, Petr Cech.


Selain Walcott, Carzola dan Ozil, Wenger memilih penyerang Perancis, Olivier Giroud, bagi mengetuai barisan serangannya - bermakna tiada tempat bagi penyerang mudanya, Chuba Akpom, yang menyumbatkan hatrik ke atas Pilihan Singapura.


Dengan Everton pimpinan Roberto Martinez turut menyasarkan trofi kejuaraan sebagai kemenangan perangsang sebelum pembukaan musim baru Liga Perdana England (EPL) pada 8 Ogos ini, pasukan Wenger yang mempamerkan permainan penuh bergaya bagi kemenangan penyuntik semangat dalam usahanya membaiki kedudukan mereka di tangga ketiga yang dicapai musim lalu.


Tahun ini adalah kali pertama Trofi Asia Barclays - satu-satunya kejohanan pramusim yang melibatkan kelab-kelab EPL di luar England - dianjurkan di Singapura.


Ia diadakan sekali setiap dua tahun ini dan bermula pada 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >