Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU: FULHAM LWN ARSENAL

Arsenal buru kemenangan, dahului liga pada 2024

Dec 31, 2023 | 05:30 AM



Persaingan untuk berada di takhta Liga Perdana England (EPL) menjelang 2024 kian menjadi semakin hangat dan sengit dengan kedudukan liga sering kali berubah hampir setiap minggu.

Setelah mendahului liga dengan selesa semasa Krismas, Arsenal kini mendapati diri mereka mengejar pendahulu liga baru Liverpool, selepas mengalami kekalahan menentang West Ham di Stadium Emirates pada 29 Disember.

Persaingan musim ini menunjukkan bahawa seolah-olah tiada pasukan yang benar-benar mampu mengawal kedudukan mereka di puncak.

Ia bagaikan satu ‘deja vu’ bagi Arsenal. Mereka pernah melalui situasi yang sama musim lalu.

Mereka telah mengetuai kumpulan pada Krismas tetapi kehilangan tempat mereka kepada Manchester City sebaik sahaja mereka memasuki tahun baru.

Arsenal mendahului liga selama 248 hari, memecahkan rekod untuk tempoh yang paling lama dihabiskan di atas tanpa menjuarai liga dalam sejarah liga utama England.

Sekali lagi, Arsenal pasti berasa kesal kerana tidak menyempurnakan peluang-peluang untuk menjaringkan gol yang mampu membantu mereka mengecap kemenangan. 

Menentang West Ham, The Gunners mencipta 30 peluang jaringan, berbanding pasukan pelawat yang hanya mencatat enam peluang.

Dalam pada itu, anak buah Mikel Arteta juga telah menjaringkan lebih sedikit gol bagi musim ini berbanding pencabar utama trofi EPL, Liverpool, Aston Villa dan Manchester City.

“Inilah bola sepak. Apabila anda melihat berapa banyak peluang yang kami cipta dalam perlawanan, dan kemudian melihat hasilnya, ia satu perkara yang sangat mengecewakan,” kata Arteta selepas kekalahan 2-0 kepada West Ham.

Beliau menambah: “Kami menguasai perlawanan selama 100 minit. Apabila kami mempunyai peluang besar, kami mempunyai pemain di dalam kotak yang berada dalam posisi yang baik untuk menjaringkan gol.

“Jika kami gagal menjaringkan gol dengan 30 peluang jaringan, maka kami perlu mencipta sebanyak 50 atau 60 peluang gol untuk akhirnya menjaringkan gol.”

Bersependapat, kapten Arsenal, Martin Odegaard berkata: “Ia adalah salah satu malam yang tidak berpihak kepada kami.

“Kami mempunyai banyak peluang dan melakukan cukup untuk menjaringkan beberapa gol, tetapi di dalam kotak kami tidak cukup bagus.

“Ia bukan mengenai beberapa pemain (yang gagal menjaringkan gol). Kami perlu memperbaiki persembahan kami di hadapan gawang dan terserah kepada seluruh pasukan untuk melakukannya.”

Arteta dan anak buahnya akan berusaha untuk melupakan peristiwa pahit itu dan berharap dapat meneruskan semula kecemerlangan mereka sepanjang musim ini apabila mereka berdepan dengan Fulham pada 31 Disember.

Pasukan Arsenal ini perlu mula bermain dengan lebih agresif terutamanya apabila beraksi di tempat lawan menentang pasukan yang lebih kecil.

Arsenal telah memenangi lima perlawanan EPL terakhir di tempat lawan menentang Fulham, namun Craven Cottage kali ini mungkin akan menjadi tempat yang sukar untuk Gunners bertandang.

Menentang Nottingham Forest dan West Ham di padang sendiri awal Disember, Fulham telah berjaya mencatat kemenangan besar berturut-turut selepas menewaskan kedua-dua pasukan pelawat 5-0.

Anak buah Marco Silva bagaimanapun mengalami tiga kekalahan berturut-turut berikutan kemenangan itu, dengan yang terkini apabila mereka kecundang 3-0 menentang Bournemouth pada 26 Disember lalu.

Seperti Arsenal, isu Fulham juga lebih kepada ketumpulan bahagian serangan mereka sejak beberapa perlawanan yang lalu.

Fulham berjaya menjaringkan 16 gol dalam empat perlawanan untuk memulakan bulan Disember, tetapi kini gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga gol perlawanan terakhir mereka.

Menyentuh tentang persembahan pasukannya, pengurus Fulham itu berkata: 

“Barisan serangan dan bahagian tengah kami, kami tidak menunjukkan mutu pada tahap yang diperlukan. Ini bukanlah tahap yang biasa kami mainkan.

“Sebelum itu semua orang berkata kami telah beraksi dengan cemerlang. Kami menunjukkan persembahan yang sangat baik, dan mendapat keputusan yang sangat baik.

“(Menentang Bournemouth) bukanlah tahap prestasi yang sepatutnya kami berikan. Sudah tentu, kami perlu memahami mengapa perkara ini berlaku dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >