Arsenal di persada

REUTERS

VILLA PARK: Arsenal merampas semula persada Liga Perdana England (EPL) selepas menewaskan Aston Villa 2-1, dengan kededua gol dijaringkan dalam seminit dalam separuh masa pertama.

Pemain tengah England Jack Wilshere membuka tirai jaringan selepas 34 minit melalui percubaan tepat dengan kaki kirinya, sebelum Villa menghadiahkan bola kepada Arsenal sejurus selepas perlawanan dimulakan semula, membenarkan Olivier Giroud menjaringkan menggandakan jaringan pasukan Arsene Wenger.

Penyerang sasa Christian Benteke hampir menjadi penyelamat Villa apabila beliau menjaringkan satu gol hasil tandukannya dan nyaris menjaringkan gol penyamaan dengan satu lagi percubaan selepas itu.

Namun Arsenal bertahan untuk mengekalkan rekod tidak pernah tewas di Villa sejak 1998.

Arsenal meloncat mengatasi Manchester City dan Chelsea dengan 48 mata dari 21 perlawanan. City mempunyai 47 mata, diikuti oleh Chelsea (46 mata) dan Liverpool (42 mata).

Seperti dijangka, Arsenal menguasai permainan dari wisel permulaan, tetapi gagal mencipta peluang jaringan ketara, sehingga minit ke-34 apabila umpanan Nacho Monreal menemui Wilshere yang menewaskan Brad Guzan selepas dua sentuhan.

Kurang seminit kemudian, Giroud mengambil kesempatan kekeliruan dalam benteng pertahanan Villa untuk menggandakan jaringan.

Arsenal tenang dan seolah-olah berpuas hati dengan jaringan 2-0 pada separuh masa kedua, tetapi gol Benteke menjejaskan keyakinan diri mereka.

Benteka hampir menyamakan kedudukan dengan satu lagi tandukan, tetapi kepalanya gagal mengena bola dengan sepenuhnya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.