Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal kekal rekod 100%, Carvalho wira Liverpool

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji kesabaran dan sikap tenang yang ditunjukkan pasukannya selepas mereka menjaringkan gol pada saat akhir perlawanan untuk menang 2-1 ke atas Newcastle United di Anfield semalam.



Menyusuli kemenangan besar sembilan gol ke atas atas Bournemouth hujung minggu lalu, Liverpool terkial-kial untuk menemui sasaran semalam, dan terpaksa menanti sehingga masa kecederaan untuk menjaringkan gol kedua dan kemenangan.



Gol itu muncul hasil rembatan dari jarak dekat oleh Fabio Carvalho pada minit ke-97.



"Ia terasa seperti ini adalah cara terbaik untuk memenangi perlawanan bola sepak - secara jujurnya, saya tidak mahukannya setiap minggu, tetapi jika anda dapat melakukannya sekali atau dua, ia amat baik.



"Saya beritahu pemain-pemain ketika rehat, walaupun sebelum kami ketinggalan 1-0, kami kelihatan gemuruh dan bak terdesak apabila kami membuat hantaran atau percubaan gol yang terburu-buru.



"Sebaliknya, kami perlu terus tenang dan berusaha mengikut strategi untuk mencari gol... dan akhirnya ia berhasil," kata Klopp.



Klopp turut memuji Carvalho, yang baru menyambut ulang tahun ke-20 tahun Selasa lalu dan berkata pemain itu telah memulakan kerjaya di Liverpool dengan langkah kanan, sejak berpindah dari Fulham pada Mei lalu.



"Beliau amat penting buat kami, dan beliau memerlukan saat berharga seperti ini. Gol berkenaan amat membantunya," katanya.



Newcastle mendahului permainan di awak separuh masa kedua, apabila pemain terbaru Alexander Isak membuka tirai jaringan.



Bagaimanapun Roberto Firmino menyamakan kedudukan pada minit ke-61 dengan sepakan leret yang masuk ke penjuru gawang sebelum Carvalho menjaringkan gol dengan sepakan terakhir perlawanan itu.



Dalam perlawanan lain pula, Tottenham Hotspur mengekalkan rekod tidak kalah dalam kempen Liga Perdana England (EPL) kali ini,walaupun menunjukkan permainan yang kurang menyakinkan apabila ia diikat seri 1-1 semasa menentang seteru 'jiran' West Ham di Stadium London.



Spurs yang dikendalikan oleh Antonio Conte mendahului perlawanan di babak pertama hasil jaringan sendiri Thilo Kehrer, tetapi West Hammenyamakan kedudukan menerusi Tomas Soucek di babak kedua.



Tottenham menikmati permulaan yang baik musim ini dan kini menghuni tangga ketiga dengan 11 mata selepas lima perlawanan. West Ham pula mengumpul empat mata buat masa ini..



"Saya rasa mungkin kami berhak mendapat keputusan lebih baik tetapi di akhir permainan mereka juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.



"Ia bukan mudah menentang West Ham, pasukan yang fizikal dan kuat. Mereka bermain hantaran jauh dan anda perlu sentiasa berwaspada.



"Kami bermain baik dalam situasi bola mati, menggerakkan bola dengan kemas dan mencipta peluang jaringan," kata Conte.



Musuh ketat Spurs, Arsenal turut mengekalkan permulaan baik musim ini dan memelihara tempat di puncak liga selepas ia menang tipis 2-1 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates.



Bekas pemain Manchester City yang kini menyarung jersi Arsenal, Gabriel Jesus menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30 dan kiini telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.



Villa,berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74 apabila Douglas Luiz menjaringkan gol langsung dari tendangan sudut tetapi kegembiraan mereka berakhir selepas tiga minit apabila Gabriel Martinelli menjaringkan gol kedua dan kemenangan bagi Arsenal. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >