Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal kekalkan saingan untuk kejar Chelsea, Villa keluar daripada 'zon bahaya'

Apr 12, 2015 | 08:31 AM



LONDON: Arsenal meneruskan saingan di babak-babak pengujung Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas Burnley awal pagi tadi (12 April).


Kemenangan itu - ke atas pasukan yang sedang berjuang heat untuk elak daripada diturunkan pada hujung musim - adalah yang kelapan berturut-turut bagi anak didik Arsene Wenger. Ia meletakkan Arsenal empat mata di belakang pasukan pendahulu, Chelsea, sekalipun kelab Stamford Bridge mempunyai dua perlawanan dalam tangan dan berpeluang melebarkan jurang mata apabila beraksi malam ini.


Arsenal tidak perlu mempamerkan permainan terbaik ke atas pasukan Burnley yang kekal di tangga kedua daripada corot liga.


Gol awal Aaron Ramsey membezakan kededua pasukan di akhir perjuangan dengan Burnley mempamerkan semangat berpasukan tinggi untuk menyerap segala tekanan Arsenal.


Sebuah lagi pasukan yang bersaing untuk elak diturunkan ke liga bawah, Aston Villa, pula mengorak langkah keluar daripada 'zon bahaya' apabila gol Christian Benteke memberikannya kemenangan berharga 1-0 ke atas Tottenham Hotspur - perlawanan yang turut menyaksikan pengurus Villa, Tim Sherwood, membuat penampilan kemenangan ke atas bekas pasukan lamanya.


Kemenangan itu menyaksikan Villa naik ke tangga ke-15 dengan 32 mata sejauh ini - kelebihan enam mata daripada pasukan di tangga ketiga dari bawah.


Mereka kini menduduki tangga lebih tinggi daripada sebuah lagi kelab yang berjuang untuk selamat, Sunderland, yang menerima tamparan hebat selepas kecundang 1-4 kepada Crystal Palace di padang sendiri.


Yannick Bolasie muncul wira Palace dengan hatrik dalam tempoh 12 minit permainan.


Pasukan corot, Leicester City, belum menyerah kalah dalam usaha menyelamatkan diri dengan kemenangan cemerlang 3-2 ke atas West Bromwich Albion tetapi Hull semakin dalam bahaya selepas tewas 0-2 Southampton untuk menduduki tangga ke-17 - hanya satu tangga daripada tiga pasukan bawah yang akan diturunkan di penghujung musim ini.


Marko Arnautovic pula menyumbat gol minit-minit terakhir wisel permainan untuk membantu pasukannya, Stoke City, berkongsi mata 1-1 dengan West Ham United manakala satu lagi pertarungan menyaksikan Swansea City menyamai pencapaian mengumpulkan mata terbanyak dalam Liga Perdana - 47 mata - menyusuli keputusan seri 1-1 dengan Everton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >