LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Arsenal menang di Monaco, tapi tetap tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah

ARSENAL gagal melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat musim kelima berturut-turut walau ia menewaskan Monaco 2-0 dalam perlawanan timbal balas peringkat 16 terakhir di tempat lawan semalam.

Memerlukan tiga gol selepas Monaco menewaskannya 3-1 di Stadium Emirates minggu lalu, Arsenal gagal mencari gol ketiga walau menguasai permainan, terutama di babak kedua.

Olivier Giroud dan Aaron Ramsey menyumbat gol bagi Arsenal, tetapi kemenangan itu rupa-rupanya sekadar sagu hati bagi Arsenal.

Sementara itu, Atletico Madrid menewaskan Bayern Leverkusen 1-0 - bagi mengikat jaringan agregat 1-1 - sebelum menewaskan kelab Jerman itu 3-2 menerusi tendangan penalti.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.