Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal menang tipis di Everton, Man U tersungkur

Sep 18, 2023 | 03:14 PM



LONDON: Arsenal terpaksa ‘berhempas pulas’ untuk mendapatkan kemenangan tipis ke atas Everton di Goodison Park dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Ahad.


Pasukan Gunners – yang menggantikan penjaga gawang England Aaron Ramsdale dengan David Raya – nampaknya sukar menang di Everton sejak kebelakangan ini, dengan rekod empat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir mereka di sana.


Namun, Everton, masih tanpa sebarang kemenangan Liga Perdana England (EPL) musim ini, amat kurang dari segi mutu dan pemain simpanan Arsenal Leandro Trossard memanfaatkan kelemahan mereka dengan meletak Arsenal di hadapan pada minit ke-69.

Gabriel Martinelli menjaringkan gol dalam separuh masa pertama, namun jaringannya diketepikan kerana Eddie Nketiah didapati dalam kedudukan ofsaid.


Pasukan tuan rumah akhirnya tidak berdaya bertahan pada separuh masa kedua apabila Trossard mengambil peluang yang timbul dengan baik.

Pengurus Arsenal Mikel Arteta jelas gembira apabila pasukannya berjaya mengekalkan permulaan tanpa kalah mereka dalam awal musim ini dan kini hanya dua mata di belakang Manchester City yang mendahului liga.

Everton, sebaliknya, nampak akan tertekan untuk mengelakkan disingkir daripada EPL musim ini dan jauh berbeza daripada pasukan yang menguasai perlawanan semasa menentang Arsenal pada Februari.

Sementara itu, dalam perlawanan EPL yang lain, Liverpool menewaskan Wolves 3-1 setelah bangkit selepas ketinggalan satu gol pada minit ketujuh.

Pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister mengakui beliau menghadapi kesukaran bermain dalam perlawanan itu kerana baru pulang daripada perlawanan antarabangsa bersama pasukan Argentina, dan prestasi Liverpool meningkat apabila beliau digantikan dalam separuh masa kedua.

“Kami bersikap positif kerana Liverpool merupakan salah sebuah pasukan terbaik tahun ini dan sudah pasti mereka akan berusaha merampas kedudukan teratas liga,” kata pengurus Wolves Gary O’Neil selepas perlawanan tersebut.

Chelsea pula seri bersama Bournemouth 0-0, meneruskan permulaan kurang selesa mereka musim ini, dengan hanya satu kemenangan daripada lima perlawanan dan kini berada di tangga ke-14 EPL.

Namun, Jermaine Jenas, seorang pakar bola sepak untuk BBC, percaya Chelsea hanya memerlukan penyerang yang yakin dan tenang apabila di hadapan gawang untuk mengubah nasib mereka.


Manchester City pula menewaskan West Ham 3-1 di Stadium London untuk mendahului liga buat masa kini.

Jaringan Jeremy Doku, Bernardo Silva dan Erling Haaland mengekalkan prestasi tanpa kalah dalam lima perlawanan EPL Manchester City.

Keputusan paling mengejutkan hujung minggu lalu ialah Manchester United kalahkan 1-3 kepada Brighton. Pengurus Manchester United Erik ten Hag menyalahkan pasukannya kerana tidak mengikut perancangan permainannya.

Dengan ini Manchester United kalah tiga kali dalam lima perlawanan EPL musim ini.

“Perkara kecil. Kami mendapat gol yang dibatalkan semasa perlawanan bersama Arsenal dan ia berulang hari ini.

“Kami harus mengubah perkara kecil ini dan cuba mengubah nasib agar dapat meraih keputusan yang sepadan dengan usaha kami,” kata pemain Manchester United, Christian Eriksen apabila ditanya tentang apa perubahan yang perlu dilakukan pasukannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >